penggemar cekodok panas

Tuesday, February 9, 2010

behind the success of a man, there are women and a man

wah teruja.sangat teruja.ingin khabarkan pada dunia bahawa hari ini adalah hari paling bermakna selama aku hidup sebagai mahasiswa. pertama kali dalam sejarah. Alhamdulillah. Shukur aku panjatkan pada Allah yang telah memakbulkan doa aku, doa ibu bapaku dan doa orang orang disekeliling ku yang tidak putus putus menadah tangan berdoa memohon kejayaan dan keredhaan dunia akhirat

keputusan semester pertama program sarjana dengan peyelidikan telah diumumkan. keputusan yang tidak pernah aku sangka aku akan dapat merealisasikannya. pertama kali berjaya merangkul four flatt (empat rata) untuk semester pertama. markah secara terperinci telah diemel oleh penyelia beserta butir penilaian dan komen. semoga usaha dan doa istiqomah untuk beroleh kejayaan di hari muka.

disebalik kejayaan seorang lelaki, ada wanita wanita dan lelaki debelakangnya, yang berterusan memberi sokongan moral dan doa, tatkala diri lemah dan memerlukan harapan. mereka ibarat akar tunjang yang kukuh. memberi sokongan untuk pertumbuhan yang memberangsangkan. terima kasih infiniti buat mereka.

sayang dan pelukan besar untuk mereka


buat abah dan mama yang tidak putus putus berdoa, terima kasih angah ucapkan. tidak terbalas jasa abah dan mama dalam membesar, mendidik dengan didikan sempurna sampai angah ke tahap ini sekarang. Hanya Allah yang bisa membalas semua jasa jasa abah dan mama.




buat miss cekodok yang setia masak cekodok hari2,tanpa jemu dan bosan, terima kasih diucapkan. dikau hadir di saat aku memerlukan sokongan dan kasih sayang seorang insan yang bernama wanita, yang menjadi tulang belakang agar diri lurus sentiasa.




p/s iloveu: special thanks to my beloved prof who keep give an advices and drives me enthusiastically to achieve my objectives.

Monday, February 8, 2010

23 benda benda rawak pasal cekodok bawang. oh hangatnya kau!



cekodok bawang pujaan mr cekodok


bahan bahan nya:


1. mr cekodok's famous name : ahmmad shukrie bin md yudin watchout yo! my name got 2 m's OK

2. date of birth : 13 feb 1986. is expected next week. better mark in your calendar ('',)

3. time of birth: 0710am, Thursday, 1986, Kuarters Kesihatan Jalan Mat Kilau, Kuantan mama ckp xsempat pergi hospital.keluar dkt rumah.xmenyempat nk kluar.ish2

4. number second out of FIVE siblings.ALL boys can u imagine how chaos my family was?

5. is deeply in L♥VE with miss cekodok ^_^ blink blink eyes

6. is currently doing PJJ UTP-UTM note: PJJ - percintaan jarak jauh

7. currently in 2nd semester of master by research at UTP is looking forward to graduate at the end of this year. and is still hoping. sigh

8. running a company named COTTON ART TRADING. registered number CA136143 on a shared basis with mr sourplum

9. has a nipple-look-like scar on the left hand.padah lumba haram rempit motor honda kapcai c70 padan muke cacat sket kt tgn :P

10. pernah pakai braces since form 2. undergone 4hours operation to remove 4 teeths sekaligus +1 hidden baby teeth. wat a day! tp skarang x pakai dh. terseksa jd betty!

11. pernah sekolah boarding school , semsas. SEBULAN sahaja. the school is located 10minutes from my home. homesick. (bole x) haha ;-)

12. is currently learning english for the preparation of TOEFL examination. persediaan untuk sambung PHd oversea next year insyaALLAH. my english was damn bad. i'm kampung boy ;-)

13. LOVE reading especially academic books and novels. currently read: can you keep a secret by sophie kinsella

14. die hard fan of arsenal. go go gunners!!

15. damn love art. especially melukis dan mewarna. since amik eng. courses never had chances to express it.pendam sajala =|

16. when i was six, pernah kena sengat dgn tebuan tanah. more than 10 ekor (ini semua ateh pnye kerja!) Alhamdulillah still bernafas sampai sekarang. rahsia: when i was a little kid, i love to eat asam keping (the ones yg mak kite letak dlm singgang ikan etc) that one yg save my life=) tp parut sengatan kesan smpai sekarang. on top of my nose and scattered all over my body. aduh!

17. i donno. i think i was gifted with a good memories since i was a baby then. i still can remember what is happening around me since i was 2 y.o. i talk to my mum, what a surprise! she said. the one i still remember, when my mum make a pink-topping-hand-made cake for the first time. i still can remember the texture of that pink sugar icing! the cake was made by my beloved mama for my second year birthday celebration. and many more memories recall events which left my parents a shock impression:)

18. i used to be a doctor. unfortunately, lepas tgk accident pecah kepala terburai otak live depan mata when i was form4, i gotta change my ambition.haha. lemah lutut wooo i was riding a bicycle at that time and hardly try to avoid my front tyre from hitting the fresh-pink-brain that scattered on the road! euu terrible

19. i got my besfren name wawa. she is girl next door. she was my best buddy since we were 5 years old. we used to go to tadika sama sama, pergi sekolah sama sama, main masak masak, main kahwin kahwin, main rounders, main bola sepak sama sama. tersengeh sorg2 bila teringat zaman kecil

20. got the history of high blood pressure which left the doctors a question mark on their head. my normal blood pressure at that time was 140/100 mmHg. but now it turns to normal dh. hati dah happy bahagia. no more pretending behavior.

21. i do love white,green and red color

22. my favourite number: 13

23. my next destination of vacation: pulau tioman. clear crystal water island, here i come. approximately forecast to be realized on JULY2010. anyone?


------------the end------------

dengan ini mr cekodok tag semua peminat/pem-follow mr cekodok'say




Saturday, February 6, 2010

persiapan untuk hari tua, suntik botox untuk kulit tegang. ah, aku merepek lagi!


Hari hujung minggu yang sangat dinantikan. Terlalu penat bekerja dan belajar sampai tiada masa untuk meng-update blog. Ditinggal busuk bersawang. Kasihan. Hujan idea mencurah curah untuk menulis, cuma waktu selalu menjeling cemburu. Terkadang ingin juga lari dari hectic kehidupan dan menyorok di ceruk ceruk sepi. Duduk dan guling-guling melakukan apa yang aku suka tanpa peduli gangguan luar. Tapi itu hanya imaginasi. Menghadapai kehidupan secara realiti adalah fakta yang perlu ditafsir dan diterima minda supaya tiada kejutan budaya tatkala corak kehidupan berubah drastik.

Genap seminggu lagi, untuk menghadapi hari tua. Berganjak seangka lagi umur aku. Tuhan masih sayang. Membiarkan jantung dan nadi mengepam darah ke seluruh pelusuk tubuh agar kudrat kuat untuk aku setia melihat alam dan meneruskan amanat sebagai khalifah di bumiNya. Tapi, aku tidak pasti sampai bila aku dapat menyedut oksigen percuma. Cuma aku harap Tuhan berikan aku kesempatan untuk berbakti kepada orang orang yang aku sayang di sekeliling aku. Dan sempat untuk merealitikan fantasi yang aku cipta sendiri.

Kebetulan pula, secara tidak sengaja berjumpa teman blogger yang juga menyambut ulangtahun kelahiran pada tarikh yang sama. Ah, sangat teruja. Bukan senang nak jumpa. Kebarangkalian sangat rendah bertemu dengan orang yang sama tarikh lahir. Sebagai tanda penghargaan keterujaan kepada blogger terhebat, Ezmaliza binti Embok Zrik dan Nurfarahin binti Ismail yang sama sama menghitung tarikh 13 Februari , disini ada hadiah untuk kamu kamu.



welcome to the club!!!

^_^



kelab 13 februari.
ahli sekutu: mr cekodok, ezmaliza & nurfarahin




p/s iloveu: is looking forward for a week free phone call by Celcom for a birthday present!!




Monday, February 1, 2010

confession of loveholic: saya ♥ sayang ♥ kamu. sekian.




kamu...



terima kasih buat kamu

untuk hari hari indah

kasih sayang

tawa ria

bahagia



...

aku sayang kamu

...


kawan dan kahwin. kau lah kahwin dulu! aku nak kumpul harta jap



kereta penggantin. so suwit. ada teddy bear segala.
*just married*



konvoi pengantin lelaki


teruja seketika kala melihat deretan neo neo yang hebat!
fuyooo! waulaweh!!




bergambar bersama pengantin. amik berkat sket org tua2 ckp =P


dari kiri: kakwina, g-ah, pengantin, mrCekodok, encikpundak

semalam aku, encikpundak dan bakal kekasih encikpundak (hohoho), kakwina pergi ke majlis perkahwinan kakak kepada azirah a.k.a g-ah. mereka sahabat tika aku bergelar mahasiswa dahulu. akrab. sudah 5 bulan tidak ketemu mereka. masing masing sibuk dengan kerjaya mereka. hebat bergelar jurutera. aku bangga dengan pencapaian mereka.

saat masing masing berbicara, topik tidak lari jauh. semuanya berkisar perkahwinan. aduh. tidak gemar. bukan tidak mahu berkahwin, tapi mereka seolah olah begitu teruja dengan perkahwinan. mungkin sudah sampai seru mereka. maklumlah umur sudah 24tahun. level umur yang agak matang untuk berbicara soal perkahwinan. bagi yang berkerjaya, mungkin mudah untuk membuat perhitungan. tapi bagi yang masih menuntut seperti aku, mungkin lain pula persepsinya.

biarlah mereka berbicara. bila penat, berhentilah mereka. aku? biarlah begini. andai sudah sampai seru, kahwin juga.



p/s iloveu: sedang menikmati hari hari bahagia.kadang tersenyum sendiri mengenangkan indahnya caturan Tuhan. ah bahagia!

Sunday, January 31, 2010

pagi ahad yang indah. bosan. tidur lagi. dan mimpi mengarut!

Sememangnya terasa sangat bersemangat pabila dapat bangun awal pagi terutama sekali di hujung minggu macam hari ini. Cuaca mendung mendung sayu, sejuk semacam. Jarang jarang Tronoh sejuk. Tapi kali ini sejuk. Serius. Otak membuat perhitungan.tidur atau sedar. Tapi syaitan maha jahat bisik suruh aku tidur lagi baik.



Saat jaga dari mimpi mimpi pagi yang mengarut, teringat perjumpaan bersama penyelia (read:supervisor). Aku text beliau dengan harapan meeting dibatalkan. Tuhan dengar doa aku. Professor sakit (oh ini bukan dalam doa aku). Terkejut dan panik. Dengan nada sakit, beliau berpesan menyuruh aku pergi ke kuliah beliau pagi esok. Ah, aku kena mengajar kuliah mekanik bendalir pagi esok? Hati kecil mengeluh. Dewan C6 bukan calang calang.

Tabah. Somoga professor cepat sembuh.

Saturday, January 30, 2010

manisnya mulut kau masa bercinta, tapi bila dah putus, mulut kau bau longkang!




Entry kali ini bukanlah untuk mengutuk atau mengeji siapa-siapa. Sekadar renungan dan iktibar bersama. Tapi siapa yang kentut, baunya tetap menusuk hidung jua. Baru-baru ini aku agak terkejut semasa sidang akhbar yang diadakan oleh model lelaki dan artis terkenal tanah air, Fahrin Ahmad telah menitiskan air mata dek perbuatan bekas teman wanitanya yang telah berjaya menconteng arang di muka beliau. Beliau begitu kecewa dengan bekas cintanya yang telah menjatuhkan air muka beliau dengan menjaja cerita cerita longkang kepada media yang sama sekali jauh panggang dari api.

Aku buat entry ni bukanlah aku minat sangat kat fahrin tu sampai nak backup die (for God sake!). Aku cuma mahu ambil iktibar dari kisah dia. Perihal tingkah laku bekas teman wanita yang kononnya masa bercinta dulu, mulutnya amat manis bak madu. Tetapi pabila hubungan cinta tiada lagi, mula lah terhegeh hegeh menagih simpati orang lain dengan menjaja cerita cerita busuk si bekas pasangan! Aduhai...apa hendak jadi.

Terdapat juga perempuan di luar sana (tidak semua, tapi ada la) yang tidak berpuas hati sampai sanggup mencanang kepada umum perihal tingkah laku si bekas pasangan! Perlu sangat ke menghebahkan kepada umum? Untuk apa? Supaya si bekas kekasih akan terus malu dek statement statement longkang yang berjaya menjatuhkan maruah dia? Saat itu, mungkin kau akan terkinja kinja gembira kerana berjaya menjatuhkan air muka orang lain.


Maaf lah ye wanita. Aku sangat tidak setuju dengan apa yang berlaku pada fahrin (and even it happen to me and I know how exactly the feeling is). Bagi aku, apa yang berlaku semasa kisah hubungan dua pasangan haruslah disimpan rapi oleh kedua-dua pasangan. Keep it private. Bukan untuk dijaja kesana sini. Bukan untuk dijamu kepada wartawan wartawan, atau diletak di facebook untuk mendapat hit komen tertinggi. Berfikir luas sebentar. Kalau betul hendak melepaskan perasaan, itu bukan medium untuk melempiaskan nafsu amarah yang membuak buak. Fikirlah kesannya pada diri dan pasangan.

Orang akan berfikir, buruknya attitude dan busuknya sifat diri kerana sanggup bertindak sedemikian. Masa bercinta, bukan main elok sifat ditunjuknya. Tapi pabila cinta tiada lagi, habis semua cerita dicanang kesana sini. Mungkin bagi Fahrin Ahmad, tindakan beliau untuk mengenakan tindakan undang-undang terhadap bekas teman wanitanya suatu tindakan yang paling patut dilakukan kerana imej bersih beliau telah cacat dek kerana statement statement longkang yang ditujukan kepadanya.

Tapi bagi yang tidak mampu untuk mengupah peguam untuk mengenakan tindakan mahkamah terhadap pasangan yang telah menjatuhkan imej mereka, berdoalah semoga anda dikurniakan seseorang yang elok budi pekertinya.Yang setia menjaga aib si kekasih/suami. Dan malang lah bagi si mulut longkang, mungkin kekasihnya/suaminya selepas ini akan menerima kesan yang sama jika mereka berpisah/bercerai.

Tuesday, January 26, 2010

teraba meraba sambil pakai cermin mata hitam. sumpah aku tak nampak!

Dalam keadaan suara serak serak garau, kondisi diri agak stabil untuk memulakan tugas sebagai mahasiswa. Hari ini hari kedua setelah semester baru bermula. Banyak wajah wajah junior yang segar. Semangat. Teruja. Ah! aku yakin itu hanya mampu bertahan seminggu sahaja. Percayalah. Aku berpakaian seperti GA, mungkin ada yang sinis menafsir aku siswa baru. Tambahan pula berjalan seiringan dengan teman sebilik yang dilabel muda lima tahun! (Oh Tuhan!)


Bersama teman sebilik.
Contoh pemakaian. Do and Don't


Hari ini menyibukkan diri dengan kursus dalaman pemesinan dan pengarcaan (Internal Training on Machining and Welding) yang dianjurkan oleh jabatan mekanikal. Sumpah, nawaitu hanya untuk mendapatkan sekeping sijil yang diiktiraf oleh jabatan tersebut! Kursus dua hari yang agak meruntun jiwa. Bekorban tenaga, memerlukan pengalaman dan juga skill untuk mengendalikan mesin mesin yang sudah lama tidak disentuh.

Tugasan pertama: mengendalikan mesin arca logam. Hasilnya seperti dibawah. Saat coretan ini dicatat, tangan dan lengan sudah terasa berdenyut. Merah melecur ibarat terbakar matahari (sunburn) bahana terdedah cahaya arca yang berintensiti tinggi. Alhamdulillah mata masih belum menunjukkan reaksi. Tapi sudah terasa berpasir pasir. Saat mengarca, bola mata sekali sekala terdedah pada cahaya yang berpinar pinar. Bukan sengaja, kaca mata hitam yang gelap gelita membuat aku meraba raba mencari cari lokasi sesuai. Sesekali tersasar, terpaksa mempetaruhkan mata penglihatan untuk melihat jelas. Nah, berpinar pinar mata saat arca meledak.

mr cekodok


proffethur

dan ini hasil tugasan pertama:

ini cikgu punye.cantik.comel je


Ini aku punya. Butt joining weld (sambungan arca $%#%#)
tak secantik macam cikgu punya
=(


Arca tindihan (lap weld)
cacat di hujung =(

Tugasan kedua: bersambung ...

Wednesday, January 20, 2010

hati riang bernyanyi lagu sha na na na na

its been a while since i left this sphere alone.untouched.do apologized me for being away for a few weeks.

^___^

okay bebeh. Lets start update!!

Just wanna share some of the experiences pergi Kuching last few weeks ago.(9-13 Jan).Really enjoy every single moments kt sana, ok. Especially visiting Sarawak Cultural Village, Kuching Waterfront, shopping, shopping n shopping smpai kopak duit!!



the view of gunung sejinjang (if i'm not mistaken)


the cultural dance perform by the energetic n gorgeous dancers!


posing in front of pelamin inside rumah melayu.hurm hurm hurm


challenging bamboo bridge.watch out yo!


haha this one is so excited. Posed with gorgoes-rare-seen Bentley.
Spotted!! Oh i found u at kuching!



at kuching riverfront with the background
of far seen Sarawak DUN amazing building



in front of colorful chinese temple


must taken photo! in front kucings of kuching


welcome to melanau delicacies. even though it look so- eee yarkkk
but believe me, once it is in your mouth it is so mouthwatering.they call it LINUT
a gummy-starch sagoo served with sambal.oh i totally miss it!!


this is UMAI. a fresh flesh of red fish served with vege
(onion, tomatoes, etc.) and eat along with crunchy sagoo ball.
so mouthwatering!




p/s i love u: start collecting money for backpack tour next July.Cant wait to start next journey.Destination: XXXX

Tuesday, January 5, 2010

bila bidadari langit terbang ke bumi, libasan sayapnya bisa menggetar jiwa raga





kutujukan buat bidadari.sekian.

Related Posts with Thumbnails