Monday, June 14, 2010

persediaan hari tua #5. prosedur perkahwinan luar daerah

Bukan mudah untuk bernikah dengan anak dara dari negeri yang berlainan. Terdapat prosedur yang perlu diikuti yang telah dirangka untuk memudahkan proses pernikahan (memudahkan ke? hurm). Kategori permohonan kebenaran perkahwinan terdapat tiga, iaitu:
  1. Lelaki dan perempuan dari satu Negeri dan akan bernikah berkahwin di Negeri yang sama.
  2. Lelaki dari Negeri berlainan dan akan bernikah di Negeri tempat perempuan.
  3. Lelaki dan perempuan dari Negeri berlainan dan bernikah di Negeri yang lain.
Memandangkan aku dari negeri Pahang dan Miss.C dari negeri Johor, kategori kami jatuh pada kategori No.2. Harus bagi aku mendapatkan borang permohonan kebenaran berkahwin luar daerah di Pejabat Agama Negeri Pahang (checked). Dokumen yang diperlukan semasa mengisi borang tersebut;
  1. Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan.
  2. Sijil kursus pra perkahwinan (asal dan salinan)
  3. Salinan kad pengenalan wali (pemohon perempuan sahaja)
Terdapat beberapa bahagian yang perlu diisi iaitu maklumat pemohon, maklumat pasangan, maklumat cadangan mengenai perkahwinan, pengakuan pemohon, maklumat wali (pemohon perempuan sahaja), pengesahan status (bujang/dara/janda), pengesahan bermastautin dan borang persetujuan menjalani ujian saringan HIV. Dan setelah borang lengkap diisi, pastikan SATU salinan borang permohonan beserta dokumen 1-3 dibuat dan dihantar ke pejabat agama untuk urusan seterusnya.

Sentuh mengenai ujian saringan HIV (not checked yet), ujian perlulah dibuat sekurang kurangnya tiga bulan sebelum tarikh akad nikah. Ini kerana keputusan ujian saringan HIV hanya sah digunakan bagi tiga bulan dari tarikh keputusan ujian dikeluarkan.



-sharing is loving-

7 comments:

etuza said...

Asalamualaikum ..menyinggah lagi dio laman indah teruna Mr C.

terharu mdpt jemputan..nampak begitu terancang majlis impian. Yg di head blog ni kah gerangan puteri bakal tu. kalau x smpai tu..maknanya x ada rezeki..apapun boleh kah nyatakan alamat ja..untuk pacik. harap kalau ada tu maybe cuba hantar hadiah pengganti diri. Sedih pula ni Mr C..pacik terasa tuan ikhlas menjemput tu.
Ya Allah lancarkan majlis sahabat bloger saya ini..beri mereka berkah dan restuilah kasih sayang mereka. Amin

etuza said...

O ya..dah kerja? Doctor..hospital mana ya..hari tu pcik rehat berblog..maklumlah dah berumur ni..pasangan pun Doctor kan. tahniah..pasangan yg ideal.

etuza said...

Pcik..nak tanya lagi ni. Anak pertama saya idamkan bidang doktor, katanya cita2 Dr lah. Sekarang dia aliran sains ting 5. Apa yang mesti lulus cemerlang peringkat SPM melayakkan ke bidang kedoktoran..bolehkah bagi sharing maklumat. Tq

mr cekodok said...

w'salam pakcik etuza.saya ikhlas menjemput pkcik sekeluarga dtg ke mjlis perkahwinan sy nt.al maklumlah hari bersejarah dalam kehidupan perlu dikongsi bersama..oh ya, kad jemputan perkahwinan belum siap lagi.nti saya hantar ke sabah.mntak diberi alamat pkcik juga ya..

oh,kami masih dalam pengajian sarjana.insyaAllah tahun depan kami smbung pengajian doktor falsafah.tapi bukan dalam bidang perubatan,tapi dalam bidang pendidikan..

brkenaan permata harapan pakcik tu,beliau perlu mendapat keputusan cemerlang subjek sains (fizik kimia biologi dan add math) disamping lulus cemerlang bahasa inggeris untuk meneruskan pengajian di bidang perubatan.insyaAllah sama2 brdoa utk kejayaan permata hati pakcik ya...


Shukran Jazilan atas doa2 pakcik.sngguh terharu rsnya bertemu rakan blogger yg baik ibarat keluarga sndiri :D

FarhahNur said...

Informatif la Mr cokodok..trimas :)

Farah Y said...

Salam singgah. Dalam persiapan nak langsungkan perkahwinan, ya? Semoga semuanya berjalan lancar, inshaAllah.

Cik Shiqa said...

wahh sy nnt dlm kategori 2 gak ea.hehe selamat pgntin baru :)

anda mungkin mahu lihat ini

Related Posts with Thumbnails