Monday, June 14, 2010

persediaan hari tua #5. prosedur perkahwinan luar daerah

Bukan mudah untuk bernikah dengan anak dara dari negeri yang berlainan. Terdapat prosedur yang perlu diikuti yang telah dirangka untuk memudahkan proses pernikahan (memudahkan ke? hurm). Kategori permohonan kebenaran perkahwinan terdapat tiga, iaitu:
  1. Lelaki dan perempuan dari satu Negeri dan akan bernikah berkahwin di Negeri yang sama.
  2. Lelaki dari Negeri berlainan dan akan bernikah di Negeri tempat perempuan.
  3. Lelaki dan perempuan dari Negeri berlainan dan bernikah di Negeri yang lain.
Memandangkan aku dari negeri Pahang dan Miss.C dari negeri Johor, kategori kami jatuh pada kategori No.2. Harus bagi aku mendapatkan borang permohonan kebenaran berkahwin luar daerah di Pejabat Agama Negeri Pahang (checked). Dokumen yang diperlukan semasa mengisi borang tersebut;
  1. Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan.
  2. Sijil kursus pra perkahwinan (asal dan salinan)
  3. Salinan kad pengenalan wali (pemohon perempuan sahaja)
Terdapat beberapa bahagian yang perlu diisi iaitu maklumat pemohon, maklumat pasangan, maklumat cadangan mengenai perkahwinan, pengakuan pemohon, maklumat wali (pemohon perempuan sahaja), pengesahan status (bujang/dara/janda), pengesahan bermastautin dan borang persetujuan menjalani ujian saringan HIV. Dan setelah borang lengkap diisi, pastikan SATU salinan borang permohonan beserta dokumen 1-3 dibuat dan dihantar ke pejabat agama untuk urusan seterusnya.

Sentuh mengenai ujian saringan HIV (not checked yet), ujian perlulah dibuat sekurang kurangnya tiga bulan sebelum tarikh akad nikah. Ini kerana keputusan ujian saringan HIV hanya sah digunakan bagi tiga bulan dari tarikh keputusan ujian dikeluarkan.



-sharing is loving-

anda mungkin mahu lihat ini

Related Posts with Thumbnails