Saturday, March 5, 2011

Bulan madu di awan biru: sinopsis pengembaraan cinta Siri 1


Salam. Setelah 3 minggu lebih menyepi kini aku kembali sihat untuk mencoretkan perjalanan manis kehidupan di laman maya. Berbagai dugaan melanda kami bulan lepas. Walaupun dilanda gelombang denggi, aku pada mulanya berfikiran negatif yang kami tidak akan dapat melaksanakan pelan bulan madu yang telah dirancang rapi oleh isteriku. Berkat doa dan jagaan rapi oleh keluarga mertua, alhamulillah aku dan isteri dapat menjana kembali platlet darah yang selama ini lemah hancur dimamah virus denggi.
Pelan rapi disusuli kajian terperinci telah dirangka oleh isteriku berbulan bulan lamanya. Pelan bulan madu di negara Winter Sonata, Korea. Cukup teliti. Beliau telahpun mahir menguasai bahasa negara tersebut dengan hanya menonton filem pendek dan menghafal bait bait lagu! Cukup kagum. Apa saja kumpulan yang wujud di Korea, semuanya meniti laju dibibir beliau. Rahsianya mudah, lagu K-pop di siaran 705 dan KBS movie di siaran 391. Dan tidak dinafikan, aku sendiri sudah mahir menyanyikan lagu lagu korea dek terpengaruh dengan isteri sendiri. (T_*)V
Pengembaraan kami dsusuli bersama oleh jurugambar setia kami, MSI dari photophenomgraphy studio. Kehadiran MSI satu anugerah kerana beliau secara automatik dilantik ke jabatan logistik membawa barang barang kami yang semestinya tidak sedikit. Stok makanan mewakili 64% dari jumlah berat bagasi. Maklumlah, pergi ke negara yang tiada nasi lemak mahupun roti canai ini perlulah dilengkapi dengan bekalan makanan halal yang mencukupi. Bekalan makanan halal seperti mee segera dan bubur segera dibawa cukup untuk hidup selama seminggu.
Perjalanan 4595km menaiki Air Asia X mengambil masa 6 jam. Kebetulan pula, seorang warga Korea duduk disebelah kami ketika penerbngan. Berbekalkan sedikit ilmu bahasa korea yang dimiliki, isteriku menyapa lelaki yang duduk disebelah kami. Mr Choo nama beliau. Aku hanya angguk dan geleng sahaja kerana sukar faham dialek English beliau. Isteriku mendominasi perbualan. Mungkin beliau teruja berjumpa warga Korean. Hehe. Sepanjang perjalanan di altitude 30,000 kaki dari paras bumi, aku hanya lena dibuai kebisingan enjin jentera terbang dan sekali sekala dikejutkan oleh pramugari pramugari cantik yang sibuk mengedar makanan dan menjual barang di kabin.
Kami disambut manis oleh kedinginan malam di Korea pada suhu -1 darjah celcius. Sampai saja di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, kami terus menebalkan lapisan fabrik dibadan. Tidak tahan dengan suhu ekstrem ibarat hidup di dalam peti dingin beku. Pastinya reseptor epidermis kulit mengalami renjatan suhu yang kritikal. Pertukaran cuaca dari suhu selesa panas di Malaysia kepada suhu takat beku ais di Korea. Aku begitu kagum dengan seni bina moden lapangan terbang Incheon. Begitu moden dan mesra pengguna. Tidak hairanlah lapangan terbang ini dinobatkat lapangan kedua terbaik di dunia. Menolak jauh KLIA mahupun LCCT yang aku sangkakan sudah begitu moden.
Setelah selesai urusan kastam dan sebagainya, kami meneruskan perjalanan ke bandar Seoul. Ketika menunggu bas, kami terserempak dengan 2 jejaka melayu ini, Adul dan Wahab yang kelihatan begitu mesra pengguna. Setelah bertukar sapa, aku isteri dan msi menandatangani memorandum persefahama MOU bersama Adul dan Wahab. Kami setuju gerak bersama sama ke Seoul kerana malam sudah larut disertai suhu yang kejam mencengkam reseptor kulit. Kami mengambil kesempatan ke atas mereka kerana mereka tahu Guest House mana yang hendak dituju. Dan mereka mengambil kesempatan ke atas kami kerana isteriku pandai berbahasa korea. Proses simbiosis berlaku. Shukur Alhamulillah kami sampai ke distinasi Bong Guest House walaupun hampir hampir sesat.
Sepanjang 6 hari di Korea, kami menetap di Bong dan Windflower Guest House yang begitu selesa berhampiran dengan penempatan pelajar pelajar Sungkyungkwan Universiti di Hyewa. Kawasan yang begitu meriah ibarat Jalan Bukit Bintang di KL. Kadar penginapan di Guest House 15,000 won seorang. Dalam Rm45 sehari. Layanan dari tuan rumah begitu selesa. Boleh memasak dan membasuh pakaian sendiri kerana di bilik disediakan dapur dan washing machine. Mode of transportation kami di Korea adalah menggunakan subway. Stesyen subway Hyewa hanya 200m dari tempat kediaman kami. Mudah untuk bergerak ke satu destinasi ke destinasi yang lain.
Antara tempat menarik yang kami lawati sepanjang 6 hari di bumi salji ini ialah Nami Island tempat penggambaran filem popular tahun 2002, Winter Sonata. Kami berkesempatan merasai titisan salji buat pertama kali ketika di Nami Island. Teruja dan jakun pun ada juga. Terletak kira-kira 1 setengah jam dari Seoul, kawasan Nami Island begitu romantis buat pasangan bulan madu seperti kami. Selain itu, aku menyambut ulangtahun kelahiran ku yang ke 25 di Namsan Seoul Tower. Begitu gembira apabila isteriku menguncikan kata kata cinta dan ucapan hari lahir pada ketinggian 1500 kaki pada paras laut disaksikan kedinginan malam pada suhu -7 darjah celcius pada A Lock Of Love, kawasan kunci cinta di N Seoul Tower. Sambutan ulang tahun yang paling unik pernah disambut selama 25 tahun hidup kt dunia ini!


to be continued

-end of part 1-

3 comments:

Sarah Azizul said...

wah!! bagusnya huda. mmm lepas ni nak praktis cakap korea lah.. kemboja dah boleh, mandarin satu dua patah bolehlah.. tapi pergi mana2 negara pun, sebaiknya kita kena tahu perkataan asas mereka utk mudahkan kita kan. =)

bagus betul catatan ni..lepas ni bila saya nak pergi korea..boleh guna catatan kalian sebagai rujukan. =)

hestyrezyuda said...

angaaaaaaaaaaaaaaaahhh windunye >:D< :-*

hakhakhak.. ni lah yang ak ima tunggu ni.. lambat tul nak tunggu full jurnal... ekekeekke... sweet..swet..sweet...

kem salam dek ngah... :-* sayaaaaaaaaaaanag sangat adik2 akk ni...

p/s : ateh memang jurugambar terbaiik... suka sangat semua photo ateh.. korang pun pandai pose.. cuma angah tu macam malu2 sikit.. huda dah ley jadik model muslimah dah... sweet banget mata dan senyuman dia ^_^

peeja said...

bestnye korg..nak jugak!=p

anda mungkin mahu lihat ini

Related Posts with Thumbnails