Wednesday, March 30, 2011

PhD PhD PhD.........

owh PhD...

untuk beberapa bulan kebelakangan ni, kami sibuk memikirkan tempat untuk sambung phd..we can choose whether to further in local or overseas..malah dekan lebih suggest supaya blaja oversea...tiba-tiba sang sv kepada suami mencadangkan Jepun..maka kami pun intai-intai peluang phd di jepun..menghubungi ex-schoolmate di sana utk prosedur...

hby kata : tapi di jepun selalu earthquake.
me says : ala xpe jepun teknologi tinggi, they can handle the earthquake..

tup tup 3,4 hari selepas tu, berlaku earthquake dan tsunami yang terbesar dalam sejarah jepun..that cause thousands of people losing their battle..there you go huda, Allah shows you what He can do in a blink of an eye..I felt awful at that time, knowing that I was saying what I wasn't supposed to...seolah-olah mencabar kuasa Tuhan yang Maha Besar...Ya Allah ampunkan aku...

Ibu di kampung mulai risau, dengan earthquake di NZ and Japan, dan banjir di Queensland..seperti kata hby, bumi kita sudah tua, dah tak stabil lag...ibu cadangkan buat PhD di Malaysia saja..ya kami juga mula fikir begitu..bukan apa, kalau berlaku sesuatu di sana walaupun keadaan kita selamat, mesti sukar nak hubungi on the spot juga kan? maka tak ke melibatkan 2 keluarga besar yang risau?

mulanya saya fikir, owh ruginya tak sambung di luar sedangkan dah ada peluang..sekali seumur hidup..tapi setelah ditimbang tara, memang belajar di Malaysia lebih banyak untungnya, dari segi safety, money wise, savings, long-term planning dan yang penting sekali, dapat jenguk dan bantu keluarga selalu..maklumlah, dua-dua pun masih orang kuat dalam keluarga, adik-adik pun ramai yang belajar lagi..susahla diorang nak mintak tolong kalau kakak dan abang kesayangan ni belajar di luar kan..

Semalaman sehingga pagi tadi, membaca blog kak dilla, seorang pelajar phd di uk, struggling with her phd, ovari cancer, and also pregnancy....saya betul-betul mengagumi determination dan kekuatan diri kak dilla, lebih2 lagi dalam mengharungi karenah phd...tapi betul kata kak dila, hidup di negara orang bukan seindah yang disangka, bukan seindah gambar-gambar di FB...itu semua hanya mainan mata..saya boleh pilih jalan yang lebih mudah, cuma mungkin kurang menarik di mata orang lain..tapi apa guna mata mereka kan? yang mengharung adalah kita.


Oversea :
pros : good supervisory (memang bagus pun compared to local), tapi kalau sv tak ok boleh jadi patah balik ke msia mcm sorang fellow ump tu..hmm..boleh jalan-jalan, nampak mcm best je sbb blaja kat oversea, family boleh bangga sket "akak saya blaja kat oz, abg sy blaja kt uk, anak sy blaja kat jepun" owh itu riak namanya, Astaghfirullahalaziim...

cons : perlu take time untuk biasakan diri dgn sistem baru, perlu berjimat cermat (i mean saaaangat berjimat sbb elaun sikit), rumah dan kereta seadanya je, tak boleh savings sebanyak di malaysia, susah nak bagi duit kat family, susah nak balik

Local :
pros : supervisor melayu, mudah communicate, rumah kereta dah ada, boleh start planning hidup masa depan dgn investment and savings, boleh start bisnes, elaun walaupun tak banyak tapi masih banyak lebih sbb cost hidup rendah di utp, dah biasa dgn sistem utp, senang balik kampung

cons : mcm x best je phd local, dah dapat peluang kenapa tak pegi? kalau pegi kan kitorang boleh jalan2 tumpang sekaki...tak dapat membanggakan ibubapa kerana anak tak blaja kat oversea, ok ape utp ni kan kat toronto..haha

hmmm..still juggling to make a decision...istikharah mungkin penyelesaian terbaik :)

No comments:

anda mungkin mahu lihat ini

Related Posts with Thumbnails