Saturday, July 23, 2011

Kasih, Cinta dan Saranghae. Siri 1

Kotaraya Seoul, 13 February 2011.

Dingin. Utas Fossil yang membaluti lengan dilewati dengan jelingan malas. Sudah pukul 6.30 pagi, getus hati kecil. Hari sudah cerah di kota raya metropolitan ini. Sengaja jam dibiarkan menetapkan waktu tanahair bagi menguatkan jatidiri walaupun berada dibumi asing yang jarak perbezaan merentasi waktu hanya 1 jam.

"Ah, kalau di malaysia ni masih gelap lagi. Sambung tido pun enak juga", syaitan menghembuskan bisikan halus buat halwa pagi.

Namun iman tidak luntur walaupun disimbahi dugaan mencabar. Memang diakui, payahnya melentur iman ketika berada di bumi yang suara laungan azan langsung tidak kedengaran. Cepat-cepat gebar tebal diselak dan medidik langkah kaki ke tandas. Subuh gajah lagi hari ini, dengus hati kecil. Usai solat subuh, masih tidak kelihatan lagi kelibat manusia di dalam rumah tumpangan yang menjadi tempat kami berteduh ketika suhu diluar langsung tidak menunjukkan tanda belas kasihan.

Celahan daun pintu deselak dan sungguh, masih bergelimpangan tiga susuk tubuh manusia yang lena dalam keseselesaan suam-suam rumah. Terima kasih kepada pemanas lantai yang menyelamatkan kami dari kedinginan pagi yang mencengkam epidermis.

"Eh, bangun..bangun.solat subuh weh", bicara aku dengan nada marah manja. Ateh, Adul dan Wahab berkongsi satu bilik dengan tiga katil bujang yang cukup selesa bertemankan gebar tebal dan bantal gebu. Cukup membuatkan mereka masih lena walaupun sudah berkali kali aku mengejutkan mereka. Dan kami, pasangan bulan madu beradu di bilik sebelah yang agak kecil ruangnya.

Mentari pagi telah melebarkan lembayung sinarnya. Terasa nyaman sekali tatkala bayu luar menerpa manja ke pipi. Ku teguk haus oksigen sejuk ke paru-paru dan kulontar laju. Aku suka. Aku suka bilamana terdapat wap dingin bersama keluar dari mulut dan rongga hidung.

Jakun bukan.

Seperti pagi-pagi biasa di Korea, isteriku akan pastikan secawan kopi dan segelas bijirin untuk kami mengalas perut pagi. Di bawa turun bersama mee segera, roti dan setin kari ayam ke dapur rumah tumpangan yang terletak di tingkat bawah. Usai mengenakan seluar setebal mungkin, sarung tangan dan scarf merah jambu, beliau berlari menuju ke pantry. Berlari bukan kerana teruja untuk menyediakan sarapan pagi untuk suami, tetapi berlari untuk berada di dalam kesengsaraan dingin pagi seminima masa yang mungkin.

Kubiarkan beliau ke pantry seorang diri.Aku menutup kembali daun pintu utama, memberikan penebat seboleh mungkin kepada isi rumah. Setelah memberi rawatan kepada kulit yang menunjukkan tanda keradangan dek kerana kering, aku bersiap-siap mengenakan baju tebal dan skaf salji. Seleret senyuman dilemparkan pada bayangan diri di cermin ketika menyisir rambut rapi.

Senyum sampai ke pantry.

Aku berlari selaju mungkin menuruni tangga sambil tangan menyeluk poket baju kebal. Sampai di pantry, beliau bersama puan rumah sudah kelihatan bersila rancak berborak ditemani beberapa gelas kopi terhidang di lantai. Kuteguk kopi putih kegemaran dan menikmati setiap kunyahan rasa kari. Oh, aku rindu roti canai dan apam balik.

Setelah mengisi perut ala kadar dengan juadah pagi, isteriku mengajakku ke meja komputer yang terletak di ruang utama di hadepan rumah. Dibukanya beberapa ruangan dari pemacu mini dan menunjukkan aku dengan video bertajuk "movie2". Ku bilang video lagu korea yang memang menjadi makanan beliau sehari-hari.

Ternyata sangkaanku meleset. Beliau hanya duduk diam terpaku membiarkan aku menghayati setiap bait kata dan pergerakan dari video yang dihasilkan secara rahsia itu.

Tiada kata yang dizahir. Lidah kelu. Mata berair. Hati terharu.

Aku langsung tidak mengjangkakan ini. Video koleksi gambar-gambar dari pertunangan dan pernikahan kami yang disusun mengikut rythm lagu korea yang begitu menyentuh hati. Patutlah beliau begitu berahsia dengan aku. Beliau ada misi rahsia rupanya. Gugur juga secebis mutiara jernih di depan seorang permaisuri yang berjaya menambat hatiku dengan kecomelan video yang beliau hasilkan. Sunggguh terharu dibuatnya.

Ternyata misi beliau untuk menyambut ulangtahun kelahiranku yang ke dua puluh lima di kota Korea menjadi realiti. Ditemani salji dan kesejukan pagi yang akan aku kenang sampai akhir usia. Terima kasih cinta!

MrCekodok

Friday, July 1, 2011

Namsan Seoul Tower : Teddy Bear Museum

Teddy Bear Museum

Namsan Seoul Tower, Seoul, South Korea
13th February 2011

entrance
Pembinaan Palace
Zaman dahulu, korea memang ada raja..tapi kalau tak silap sejak tahun 80-an, mereka tiada pewaris dan sistem raja pun dihentikan. Macam cerita Gong aka Princess Hours (pada Kdrama lovers yang tahu), cerita tu berdasarkan imaginasi mereka, kalaulah ada lagi putera raja korea zaman sekarang...

Bercakap tentang seni architecture ancient di sana, memang fascinating. Semasa di Changdeokgung Palace, kitorang tengok ukuran kayu kat bawah bumbung palace tu sume sama je saiznya..canela diorang buat gaknye...


Jual-jual dan Masak-memasak

Teknologi mula berkembang, dan mereka sudah mula ada sistem pembelajaran yang formal
Bayangkanlah Sungkyunkhwan University was established in1398!


Owh ni dah masuk zaman agogo ni...sket lagi nak masuk zaman kpop ;p

Luar Museum
Huslar DhamiaUs, with teddy bears family

Teddy Bear museum ni menceritakan sejarah korea serta pembangunannya secara berperingkat dan diilustrasikan dalam bentuk teddy bear. Teddies ni sume sebenarnya bergerak-gerak macam mencangkul, naik tram tu sume..And ada penceritaan throughout the museum. Quite interesting tapi kalau tak cukup masa, tak pergi pun takpe.. But to those teddy's lover out there,u guys should go here someday...Actually, since 13 february 2011 is mr cekodok's 25th birthday, I wanted to create a special memory with him, that's why I brought him to this tower..nothing much, simple and sweet memories sahaja..heee...I'll upload some pictures of our love notes left in the tower later.

anda mungkin mahu lihat ini

Related Posts with Thumbnails