Saturday, December 31, 2011

Assam House @ Medan Gopeng

Owh ini pun cerita dah lama jugak...hehe
masa tu cekodoks nak cari Laksa Sarawak..Cari pusing seluruh ipoh tak jumpa..
Laksa Shack kat Tesco Pasir Putih pun dah tutup..sob3
Pastu call sorang kawan yang duduk ipoh, dia suruh try Assam House di Medan Gopeng.
Maka kami pun pergi..hampa juga sebab tiada..huuu..
tapi sebab dah penat dan lapar, kitorang makan je kat situ..

Ni air biasa je..Air soya and soya cincau..
mrs tak ambil yang cincau sebab ada kawan pesan waktu mengandung tak elok minum cincau katanya...

Ni yang mr cekodok order..
Nasi Goreng Thai...
Biasalah Macam kedai lain punya...tapi memang banyak seafood dia..nyum2

Mrs order sesuatu yang lebih osem dari mr cekodok...
tadaaaa~~~

Mrs order Nasi Putih dengan Mantis Prawn Masak Black Paper..
wuhuuu memang awesome lah mantis prawn dia...tau tak mantis prawn tu ape?
Taktau, sila lihat gambar haiwan di bawah..


Inilah mantis prawn...
tapi dia takdela masak siap dengan kulit keras tu...
dia ambil isi dalam dan goreng dengan tepung then masak dengan kuah black paper..
owh memang crispy and juicy...nyum nyum lagi
Price per serving dalam 5.90-7.90 camtu...tak ingat sangat dah.. 

till then!!~ ^_^


Sushi East @ Medan Ipoh

Assalamualaikum wbt,
hari ini kita buat entry untuk makan-makan okey..
sebenarnye gambar ni dah a few months ago, tapi baru nak post..
sebab tibe-tibe rindu nak makan kat sini..sob3

okay, kedai Sushi East ni terletak di Ipoh..which is antara kedai makanan Jepun yang termurahlah rasanya setelah saya survey..Both of us memang enjoy sangat sushi..tapi mrs tak makan yang raw pun...either smoked or fried sahaja.
Kitorang came across kedai ni masa mrs google kat mana nak makan soft shell crab..mengidam masa tu..hihi
Restaurant ni Pork-free macam sushi King and ramai jugak tengok orang melayu makan situ..
Owner dia pun sangat friendly..suke ^_^

Welcome to Sushi East!

Interior sangat cantik dan selesa

Jangan risau botol sake tu untuk perhiasan je.. :)


Kalau tak silap yang sebelah kiri Boston Roll and the other one is California roll.
Owh boston roll memang awesome...memang kene order setiap kali datang situ..hihi
harga setiap roll dalam RM4-RM7 je...murah kan??


Ini dia soft shell crab!!! RM9 je per serving tau...
Crab dia penuh dengan isi, very crispy and sedap sekali dimakan dengan salad and mayo..
emmmm meleleh air liur... ^_^

Address & Contact Number :
SUSHI EAST
58-60, Jalan Medan Ipoh 4,
Bandar Baru Medan Ipoh,
31400 Ipoh, Perak, Malaysia.
Telephone : 605-545 6238/6012-592 6238.
Business hours : 12pm until 11pm daily.
Closed on Tuesdays.

Friday, December 9, 2011

Johor Premium Outlets!



Assalamualaikum and Hi friends,
Semalam mr & mrs cekodok singgah ke Johor Premium Outlets di Senai setelah cancel plan nak balik rumah ibu di Kota Tinggi. Hari tu ternampak complex ni dari tepi highway, menyebabkan mr cekodok beria-ia mengusulkan agar kitorang mengusha tempat ni semalam.

First datang, amik tiket parking, beratur la jugak. Lepas tu tanya guard kat mane pintu masuk (sebab malas nak parking jauh dari pintu). Pintu masuk dia ada 2. So parking mane-mane pun boleh sebenarnye. I saw quite a lot of Singaporeans car jugak kat parking lot tu.

Masuk dalam kompleks tu memang waaaaa...macam best la jugak sebab lain dari shopping complex lain. Rasa macam shopping kt Venice Italy pn ada.hehe. Building design is quite attractive and environmental friendly. Macam outdoor complex, tapi macam tak...haha..depan escalator tingkat atas dan bawah ada fountain yang cantik. Memang interesting. For muslim, surau is located inside foodcourt. Makanan kt foodcourt consist of asian delicacies such as Korean Bim Bim Bap, Thai food, Taiwanese food etc. and the price also quite expensive!

Kedai-kedai semua terdiri daripada branded and designer items. Fossil, CK, Esprit, DKNY, Shanghai Tang, Micheal Korrs, Zegna, Adidas, Puma, Armani exchange and Coach pun ada. Setiap outlet tu besar jugak lot dia. Banyak brand lagi sebenarnya, and some items are quite cheap compared kat luar. For example jam Fossil boleh dapat less than half price kat situ. Padahal kalau kat luar selalu 400 lebih.  And guess what, I got a pair of Vincci shoes for only Rm10!

Direction boleh tengok kat website dia http://www.premiumoutlets.com.my/center-information/directions

Cekodok ke sana naik kereta dari skudai, masuk highway Plus and exit di senai utara, tol 80 sen sahaja. Keluar tol terus nampak complex tu. Simple.

anda mungkin mahu lihat ini

Related Posts with Thumbnails