Thursday, March 8, 2012

Misi membasuh baju baby

Ketika pemeriksaan antenatal pada minggu ke 24 :

Nurse : awak dah beli baju baby?
Mrs : terdiam (eh, dah kene beli ke?)
Nurse : haa dah beli kan sikit2...dah kene sediakan dah ni..packing masuk dalam kereta
Mrs : ooo aah ade dah sikit2.. (padehal satu helai ape pun tak pegi beli lagi) hihi

Lepas tu start la kitorang beli sikit-sikit..kebetulan ada sale..memang berbaloi-baloi...mestilah baju baby yang comel-comel tu rasa nak beli semua kan..hahah..tapi kitorang tahan dulu..orang kata jangan beria sangat...tak banyak pun beli baju size newborn..2-3 helai je..sebab tak tahu nanti baby lahir besar mana n takut baby cepat membesar..yang selebihnya kitorang beli size 3-6 mths or 6-12 mths.

Lepas dah macam banyak barang tu, beli penyidai pakaian pulak, sepit baju and bakul baby. Bakul baby haruslah warna kegemaran ummi dia iaitu pink..hihi..nasibla kalau baby boy yang keluar ye...jambu la awak nanti ;p

Dah siap semua barang, dalam week 30 tu baru la mrs start membasuh semuanya...yelah baju2 tu orang dah pegang sana-sini kan..mestilah banyak kuman..






Rasa bahagia sangat bila tengok baju-baju ni bersidaian...rasa keibuan melonjak-lonjak..cewah..hahahah..
tapi mrs tak sidai kat luar pun sebab malu dengan jiran-jiran..kang diorang ingat dah beranak pulak..
mrs just sidai dalam bilik laundry and buka tingkap luas-luas bagi cahaya matahari masuk..
baby, cepatlah keluar kalau nak pakai baju-baju ni ^_^

6 comments:

budakbaik said...

ya..sangat bahagia melihatnya..kiut dan miut..hihi

mrs cekodok said...

kiut kan..hihi..saya baru follow awak ummu fadhilah..nice to meet u ^_^

budakbaik said...

terima kasih mrs cekodok follow ummu..nama apa ya?moga dipermudahkan bersalin..

mrs cekodok said...

amiinn..terima kasih atas doanya..

nama huda...pgil mrs cekodok pun boleh saja :)

♥naematulsaadahismail♥ said...

lamanya xjenguk huda...dh 24weeks ++ dah pun...due bila?
bersalin mana nanti?

mrs cekodok said...

aah naem, kt pn dah lame x update n blogwalking..hihi..

dah 38 weeks dah pun..due 24th n bersalin di kuantan insyaAllah :)

anda mungkin mahu lihat ini

Related Posts with Thumbnails