Friday, October 12, 2012

Slab/Slai Unimap 2012/2013

Assalamualaikum wbt,

hari ni mrs cekodok nak bawakan satu peluang pekerjaan atau peluang hidup yang hebat. Diutamakan buat penduduk-penduduk utara yang mempunyai ijazah sarjana atau sarjana muda dan ingin melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana atau phd dengan percuma, siap diberi gaji, elaun..pendek kata, anda dibayar untuk belajar...dibayar ok..dibayar!

sila skroll ke bawah

 TAWARAN BIASISWA UniMAP/SLAB & SLAI-KPT BAGI TAHUN 2012/2013
Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang ingin membina kerjaya sebagai Pensyarah Universiti, serta mempunyai kelayakan yang diperlukan untuk memohon biasiswa di bawah Skim Latihan Akademik Bumiputera (SLAB) atau Skim Latihan Akademik IPTA (SLAI) 2012/2013 anjuran bersama Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) bagi mengikuti kursus-kursus Sarjana/Ijazah Kedoktoran dalam bidang-bidang berikut:
Kejuruteraan Mikroelektronik, Kejuruteraan Elektronik, Kejuruteraan Pembuatan, Kejuruteraan Bahan, Kejuruteraan Polimer, Kejuruteraan Metalurgi, Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Elektrik, Kejuruteraan Kelestarian Tenaga & Tenaga Boleh Diperbaharui, Kejuruteraan Elektronik Kuasa, Teknologi Kejuruteraan Elektrik, Kejuruteraan Elektronik Industri, Kejuruteraan Mekatronik, Kejuruteraan Rekabentuk Produk, Kejuruteraan Elektronik Bioperubatan, Kejuruteraan Bioproses, Kejuruteraan Kimia, Kejuruteraan Biosistem (Kejuruteraan Pertanian), Teknologi Kejuruteraan Kimia (Bioteknologi Industri), Sistem Pertanian, Proses Kimia Industri, Kejuruteraan Perkhidmatan Bangunan, Teknologi Pembinaan, Kejuruteraan Struktur, Kejuruteraan Fotonik, Kejuruteraan Nanosains, Kejuruteraan Nanobioteknologi, Matematik Tulen, Matematik Kejuruteraan, Matematik Fizik, Matematik Gunaan, Matematik Komputasi, Pengoptimuman, Matematik Pendidikan, Matematik Kabur, Statistik, Keusahawanan, Kewangan, Perakaunan, Pengurusan Inovasi, Pengurusan Teknologi, Teknologi Pembuatan, Pengurusan Operasi, Pengurusan Kejuruteraan, Pengurusan Sumber Manusia, Pemasaran, Teknologi Maklumat, Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL), Komunikasi & Teknologi Maklumat, Psikologi, Media Digital, Penyiaran, Keusahawanan Sosial, Ekonomi dan Undang-Undang Korporat  

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
1. Calon-calon mestilah mempunyai:
a. Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dengan Kepujian atau Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dan Sarjana yang diiktiraf (untuk permohonan pengajian peringkat Ph.D).
b. Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dengan Kepujian atau Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dari universiti yang diiktiraf (untuk permohonan pengajian peringkat Sarjana).
c. Ijazah Sarjana Muda Perniagaan atau Keusahawanan dengan Kepujian atau Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dan Sarjanayang diiktiraf (untuk permohonan pengajian peringkat Ph.D).
d. Ijazah Sarjana Muda Perniagaan atau Keusahawanan, Kewangan, Perakaunan, Teknologi Maklumat, Pengurusan Sumber Manusia,  Pemasaran, Pengurusan Inovasi, Pengurusan Teknologi, Teknologi Pembuatan, Pengurusan Operasi dan Pengurusan Kejuruteraan dengan Kepujian atau Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian yang diiktiraf (untuk permohonan pengajian peringkat Sarjana).e. Ijazah Sarjana Muda Sastera atau Ijazah Sarjana Muda Sains atau Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dengan Kepujian dalam bidang berkaitan dan Sarjana yang diiktiraf (untuk permohonan pengajian peringkat Ph.D).f. Ijazah Sarjana Muda Sastera atau Ijazah Sarjana Muda Sains atau Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dengan Kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf (untuk permohonan pengajian peringkat Sarjana).
2. Memperolehi kelayakan Ijazah Sarjana Muda dengan kelulusan sekurang-kurangnya Kelas Kedua Atas atau CGPA 3.0 ke atas.
3. Berumur tidak melebihi 35 tahun bagi pengajian peringkat Ph.D dan tidak melebihi 30 tahun bagi pengajian peringkat Sarjana.
4. Menyertakan cadangan penyelidikan yang lengkap.
5. Mendapat kepujian Bahasa Malaysia di peringkat SPM/MCE.
6. Bebas dari ikatan kontrak sama ada dari Kerajaan, Badan-badan Berkanun atau Firma.
7. Calon-calon mestilah benar-benar berminat dalam bidang pengajaran dan penyelidikan.
8. Calon yang masih belum tamat pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda tidak layak memohon.

CARA-CARA MEMOHON
Borang permohonan beserta maklumat berkaitan elaun serta kemudahan-kemudahan yang diperolehi di bawah Skim Latihan Akademik Bumiputera/IPTA boleh diperolehi sama ada dengan datang sendiri atau melalui pos dengan mengemukakan sampul surat berukuran 25cm x 32cm bersetem RM1.00 dan beralamat sendiri kepada:-
Jabatan Pendaftar 
Universiti Malaysia Perlis
Tingkat 1, Bangunan KWSP
Jalan Bukit Lagi
01000 Kangar
Perlis
(Sila catatkan SLAB & SLAI/UniMAP 2012/2013 dan nyatakan bidang pengkhususan di sudut kiri sampul surat permohonan)
Borang juga boleh diperolehi melalui laman web UniMAP -->>BORANG SLAB & SLAI
PERMOHONAN ADALAH DIBUKA SEPANJANG TAHUN

PERINGATAN
1. Pemohon adalah dikehendaki membuat persediaan awal dengan mengambil peperiksaan IELTS/TOEFL/GMAT/GRE (yang mana berkenaan) dan juga telah mendapat tawaran pengajian di universiti-universiti yang diiktiraf oleh kerajaan.
2. Borang-borang permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses
sebenarnya, mrs n mr cekodok tak dapat komisyen pun atas iklan ni, tapi sekadar mahu berkongsi untuk para belia di luar sana yang minat untuk sambung belajar tapi rasa nak kerja dulu. Peluang ini membolehkan anda belajar sambil bekerja sepenuh masa. Habis belajar, kerja dah siap-siap menunggu anda. Kerja kerajaan pula tu (bagi yang prefer kerja gomen la). Nasihat kami, kalau anda seorang yang minat belajar, janganlah ditangguh belajar tu atas alasan duit semata mata.. Kerajaan dah banyak anjurkan skim untuk membiayai kita, so pergunakanlah sebaik-baiknya.

psiloveu: untuk pertanyaan lanjut atau consultation percuma mengenai perkara ini, boleh hubungi emel mrs cekodok ok :)

35 comments:

♥naematulsaadahismail♥ said...

Macam best ja huda.boleh balik duk kg.tp agak2 boleh ke eh?naem dh tinggal dissert je master.pulak tu dah keje ngn kpt.mesti pengarah xmau lepas.

mrs cekodok said...

tu susah sikit naem..kene mintak pelepasan ketua jabatan ape2 pun kan..sbb sblm ni ada lctrr poli mtk slab unimap tp dorg xnak..dorg suh setel dgn pihak majikan dulu..

♥naematulsaadahismail♥ said...

Tulah huda...sedangkn nk pindah poli pnya ssh pengarah nk lepas..ni nk tukar institusi pulak..
Dulu ms mula2 sambung belum niat nk jd educator mmg xterpk nk mohon biasiswa via ipta..haih..
Anyway thanks ;)

xi da ya said...

oh,unimap pon ade..yg um ni pon ade.dayah tgh cube nk apply utk um..tp tu la,kene submit proposal dl.

mrs cekodok said...

naem : u're welcome :)

dayah : act sume uni pun ade, cuma nama je lain2..tpm uitm, utm, ukm, upm, utem sume ade tp biasa uni yg dah establish kene fight sikit..kt punye proposal phd dulu biase2 je..dah stat phd bru revise balik proposal tu..hehe

(●*∩_∩*●) said...

bagus sgt2 if apply scholarship ni...terjamin ;)
Now Sue scholar slai UTEM... duit sara hidup pun banyak..nak belajar pun senang hati :) hehe

p/s:awak scholar unimap ke?

mrs cekodok said...

sue, saya felo ump :)

Noor Farhiza said...

As salam..sy nk tnye..kite boleh amik coursework x kt unimap?..kite nk kne dpt tmpt blaja dulu atau tgu dpt twrn ek?..kite boleh pilih tmpt blaja ke?...last soalan...ielts tu kne amik ke?

mrs cekodok said...

Salam, klu kt amik biasiswa unimap, xsemestinya kt kne smbg blaja di situ..blh sambung di u lain spt usm, utm, um dll tp di bwh tggungan unimap. Boleh amik koswork atau tidak bgantung pd budi bicara fakulti. Kdg2 diorg suh amik research.
From my experience, xperlu tmpt blaja dlu pun blh. Mtk je dulu pki result degree. Dah dpt biasiswa br cr tempat blaja. Tp better call u bkenaan kot2 dah ubah policy.

Biasanya dorg suh buat di research university spt um, utm, dll dan klu ada kuota diorg suh buat kt oversea. Universiti, supervisor sume kt uruskn sndri cuma hntar offer letter je.pd dorg.

mrs cekodok said...

Sorry saya tak jawab soalan last noor fahiza, ielts perlu ambil kalau universiti minta. Contoh kalau unimap mmg wajib ambil tak kira smbg local atau oversea. Tapi kalau ump tak perlu ambil kalau sambg local. Kalau smbg oversea wajib ambil, ada requirement dan boleh claim semula fee tu nanti.

Shafini Zain said...

yang ni still boleh apply ke?

mrs cekodok said...

Boleh in shaa Allah..biasanya dibuka sepanjanv tahun. Bila ada keperluan fakulti dia akan kumpul pmohonan dan pgil intvw.

Noor Farhiza said...

Oo..mksdnye anta je borang tu dulu tnpa surat twrn pun boleh ye?..tu la sy takut xdpt,yuran ielts tu mahal..sy da amik borang tp sy x apply mane2 u lg..boleh ke mcmtu?terima kasih bg info..sy mmg bersyukur sgt ade program2 mcmni..sgt2 mmbantu untk sape2 yg bercite2 nk jadi pensyarah..sy nk buat master di utm,tp sy nk amik coursework bhgian kimia..boleh ke?

Noor Farhiza said...

Sy sbnrnye xtau bahagian ape yg boleh diambil..sy risau kalau bidang yg sy nk ambil nnt unimap tolak..boleh x tlg terangkan?..terima kasih ye.

mrs cekodok said...

Boleh je..nnt tnya intvwr tu blh x amik koswork..ielts tu xpyh ambil dulu..apply dulu slab mne2 u yg bkenaan, then klu dh intvw n dh dpt twran brula buat ielts klu perlu.

Noor Farhiza said...

Maaf kalau byk bertanye.sy nk tnye pasal yg dia mntk 3 pengadil tu..mksdnye setiap 1 borang 1 pengadil?then setiap pengadil 3 copy ke?sy xfhm la..boleh tlg jelaskn..terima kasih:-)

mrs cekodok said...

Ye betul tu..3 pengadil dan 3 copy. Mmg pening isi borg tu lagi2 nk cr pengadil. Klu x dpt pnsyarah, cuba mtk kawan2 or jiran2 yg ada capability pun boleh. Mcm sy dulu mr cekodok jd slh satu pengadil atas kapasiti dia prnah buat satu projek kejrtraan dgn sy. Tp jwtn dia ms tu research assistnt di univrsti la so nmpk capable sikit.

Nur Soleha Abdul Rahim said...

Salam. Saya soleha, tengah mencari scholar untuk sambung phd. Tetiba terbaca yg ni. Sgt bagus. Terima kasih untuk infonya. Tp sy try cari form secara online. Tak ada. Kenapa ye? Form dia dibahagian mana? Terima kasih.

Noor Farhiza said...

As salam..sy nk tnye..bidang yg sy nak amik mst ikut yg ade dlm list dia bg tu ke?awak dulu amim bidang ape ye?

nabil_potter said...

Assalamualaikum,

Boleh tak nak minta link utnk download borang? Link yang diberi broken la..

Kalau ada soft copy pon bagus gak..

Minta emailkan ke nabilpotter@gmail.com

Terima kasih sangat2

mrs cekodok said...

salam, kalau link broken boleh cuba emel atau call pejabat pendaftar bhgn biasiswa/cuti belajar universiti berkenaan. Atau person in charge klu ada tulis kat website tu. Maaf sy tak ada simpan borang :)

tOen.itudanini said...

Sy ni one of the slab unimap scholar holder.apply lah kome.best

Anonymous said...

Toen..u amik bidang ape ye?kat mane?saya apply bidang kimia tp takut xkuat la..huhu

Fezri Aziz said...

Salam semua..currently sy master coursework kt unimap..sy nk try aply slab ni..yg dah dpt tu boleh x bagi tips sikit kt sy ni..such as intrview tya ape..exam tya ape..thnks

Fezri Aziz said...

sory silap ;)..master research kt school mecha

Anonymous said...

Salam..nk tye,lau sye ngh wat master kt upm sem 1,leh x apply?lau da bis laja kne jd pnsyarah kat unimap gk ke or u len..?

Anonymous said...

FEzri aziz, sy pn from unimap gak..dh attend interview last februari..awak apply ja..klu x salah sy, interview setiap 2 bln skali

MOHD HAFIZ said...

Salam..saya sgt berterimakasih pd owner blog sbb bg maklumat ini..exceli saya mmg berimpian nk apply slab unimap ni..tapi nk tanya lah,,unimap akan taja utk coursework ke research mode erkk for master..tq er..

chumut said...

assalamualaikum, masih available kah offer ni? thank you ^_^

Fiefie said...

Assalamualaikum.

Saya berminat untuk apply skim slab slai unimap. Mcm mane nak dapatkan info mengenai biasiswa ni. Ble biasiswa ni akan dibuka..

mrs cekodok said...

Google sahaja..semua mklumat di hujung jari :)

Kalau xdpt borg atau nk kepastian, blh cuba hubungi pegawai pendaftar bhgn cuti belajar universiti berkenaan. Tanya ttg requirement, intvw dll

mrs cekodok said...

Google sahaja..semua mklumat di hujung jari :)

Kalau xdpt borg atau nk kepastian, blh cuba hubungi pegawai pendaftar bhgn cuti belajar universiti berkenaan. Tanya ttg requirement, intvw dll

rizq said...

salam kak cekodok.. saya ada terima tawaran slab.. yuran ielts boleh claim ke? claim dekat mana ye? kpt or univ yg bayar kite? mahal jugak eh yuran dia.. huhu

Anonymous said...

Assalamulaikum,
saya ada dapat twrn unimap, dah terima, tapi skrg ni kpt xrelease lg biasiswa saya, mungkin belum masuk meeting.
Saya nak minta pndpt sikit, better saya masuk mendaftar minggu depan(1st week) dan bayar yuran terus, claim kemudian... atau..... tunggu sehingga minggu 7 (last register masuk) sehingga biasiswa tu dpt?
kalo byr yuran dulu nanti claim, complicated x proses dia?

Tq in advance

eMi eMiRa said...
This comment has been removed by the author.

anda mungkin mahu lihat ini

Related Posts with Thumbnails