Thursday, March 8, 2012

Mee Bandung Tanjung Emas @ Muar

owh sebenarnya dah lama nak buat entry ni tapi baru sekarang sempat transfer gambar...

entry ni ditujukan khas buat sesiapa yang mengidam makan mee bandung muar yang sememangnya tak best kalau makan kat daerah lain walaupun namanya sama...percayalah, muar memang syurga makanan..hihi



Mee bandung ni boleh didapati di foodcourt Tanjung Emas di bandar Muar..gerai No. 6 kalau tak silap...gerai tengah-tengah...lagi satu menu yang sangat sedap kat situ ialah rojak petisnya...ops meleleh air liur mrs ketika menaip ni..sebbaik jauh..hihi..harga RM4.00-4.50 kalau tak silap...memang berbaloi-baloi berbanding makan secret recipe..

Lagi satu yang memang famous ialah mee bandung hanifah yang terletak betul-betul tengah bandar muar...kitorang selalu pergi situ waktu sarapan pagi untuk makan sate pagi dan mee bandung...memang yummy..tapi nak bagi direction ke kedai tu saya tak reti la..hihi

psiloveu : kepada sesiapa yang alergik udang, tak payahla mengade-ngade nak try menu ni sebab dia memang penuh dengan udang kering, udang geragau, udang segar, keledek, telur, sawi dan daging.

Misi membasuh baju baby

Ketika pemeriksaan antenatal pada minggu ke 24 :

Nurse : awak dah beli baju baby?
Mrs : terdiam (eh, dah kene beli ke?)
Nurse : haa dah beli kan sikit2...dah kene sediakan dah ni..packing masuk dalam kereta
Mrs : ooo aah ade dah sikit2.. (padehal satu helai ape pun tak pegi beli lagi) hihi

Lepas tu start la kitorang beli sikit-sikit..kebetulan ada sale..memang berbaloi-baloi...mestilah baju baby yang comel-comel tu rasa nak beli semua kan..hahah..tapi kitorang tahan dulu..orang kata jangan beria sangat...tak banyak pun beli baju size newborn..2-3 helai je..sebab tak tahu nanti baby lahir besar mana n takut baby cepat membesar..yang selebihnya kitorang beli size 3-6 mths or 6-12 mths.

Lepas dah macam banyak barang tu, beli penyidai pakaian pulak, sepit baju and bakul baby. Bakul baby haruslah warna kegemaran ummi dia iaitu pink..hihi..nasibla kalau baby boy yang keluar ye...jambu la awak nanti ;p

Dah siap semua barang, dalam week 30 tu baru la mrs start membasuh semuanya...yelah baju2 tu orang dah pegang sana-sini kan..mestilah banyak kuman..






Rasa bahagia sangat bila tengok baju-baju ni bersidaian...rasa keibuan melonjak-lonjak..cewah..hahahah..
tapi mrs tak sidai kat luar pun sebab malu dengan jiran-jiran..kang diorang ingat dah beranak pulak..
mrs just sidai dalam bilik laundry and buka tingkap luas-luas bagi cahaya matahari masuk..
baby, cepatlah keluar kalau nak pakai baju-baju ni ^_^

Wednesday, March 7, 2012

Pregnancy timeline


wah..lama betul rasanya cekodoks tak update blog..malas campur tak sempat? heee...malas lebih besar sebenarnya..
Alhamdulillah mrs dah masuk 37 weeks of pregnancy...sedang menghitung hari, 17 more days to go to the expected due date...fuuuhh..
Sebelum ni mrs tak berani sgt nak update pasal pregnant walaupun hati melonjak2 nak share semua informations that I got through this pregnancy...iyelah takut juga pisang berbuah dua kali...org kata jgn gembira sgt, tunggu semua selamat dulu...
so today mrs upload gamba2 sepanjang pregnancy together with pertambahan berat badan..hehe...banyak ye naik...sebelum preggy berat mrs dlm 48-50kg camtu...total skrg dah naik 14.5 kg.. :D

1st Syawal @pekan
10 weeks
49 kg (berat turun sekilo akibat morning sickness)


This one was taken during our first anniversary celebration kat sushi east, honored to take the pic with the restaurant's owner yang sangatlah friendly..pipi dah start chubby walaupun perut tak noticeable -.-"
week 18 (4 month ++)
53 kg


week 19
kalau pakai jubah mmg org tak perasan preggy


These two pics was taken at the same day, but different brides and ceremony ye..hihi..chubby tak?
week 23 (almost 6 months)
56 kg

 
ni juga taken at the same day dengan gamba di atas...masa kat hotel before gerak g wedding nana..saje je letak pic with different angle bg nampak kurus sikit...kikiki ^_^

This one taken at Hyatt Regency hotel during hby's conference..2 hari selepas majlis nana & asiah

semasa attend antenatal class at Johor Specialist..diorang ajar buat senaman ni
26 weeks (6mths++)
59 kg

at izzati's wed..sehari selepas gambar di atas
(baju kurung boleh muat lagi)

at my cuz's engangement
week 27 (almost 7)
60 kg


bercuti di Mersing..eh muat lg baju kurung..
week 31 (almost 8 mths)
61.5 kg



morning walk at taman gelora
week 35
63 kg

PC fair @ECM
week 37
64.5 kg

Morning walk @taman tasik
week 37
64.5 kg

Penambahan berat badan mrs semasa trimester kedua adalah membimbangkan....masa mula2 preggy, mrs ambil anmum coklat sebab tak lalu sangat nak minum susu putih...tiba-tiba check darah masa week 13, gula jadi 12. pelik sebab mrs tak suka minum air manis...masa tu dah habis 3 kotak anmum..then mrs berhenti ambil anmum ganti dengan mamil gold ori dan fresh milk...after 2 weeks gula turun jadi 7, slps sebulan turun normal jadi 4. Apabila gula dalam darah tinggi, dia akan menurunkan kadar metabolisme kita...sebab tu lah masa mula2 mrs naik banyak sangat kot...masuk 3rd trimester alhamdulillah berat naik dalam 1-2 kg je sebulan...skrg ni, naik stgh kilo je in 2 weeks..heee...kalau naik banyak sangat, bahaya nanti baby besar n kita pun susah nak dapatkan berat ideal balik kan...eh boleh ke dpt ideal balik ni??we'll see then...hihi

anda mungkin mahu lihat ini

Related Posts with Thumbnails