Wednesday, August 15, 2012

PhD Tips #1

PhD tidak perlukan kebijaksanaan
Ia adalah tentang kegigihan anda.

Semua student PhD or Master by research pasti akan melalui perkara ini; 
1. hilang semangat, 
2. tak tahu apa nak buat, 
3. malu jumpa sv sebab takde progress.

Apa yang anda perlu lakukan mudah saja, pergi jumpa sv anda dan berterus teranglah pada dia masalah anda. Katakan saja anda tidak punya semangat atau blur tak tahu nak buat apa, pasti dia akan lakukan atau perkatakan sesuatu yang akan menaikkan semangat penyelidikan anda.

Kenapa?

Sebab dia lebih tahu asam garam selok belok PhD. 
Dan dia juga pernah melalui apa yang anda lalui, sebab dia pun pernah buat PhD jugak kan? heheh...

kalau anda terus sembunyi kepala dalam tanah, macammana dia nak tahu anda punya masalah kan? kalau kita tak cakap maka dia pun akan ingat kita ok je...

so ape lagi, berhentilah berlagak macho...give it a try!


anda mungkin mahu lihat ini

Related Posts with Thumbnails