Friday, October 12, 2012

Slab/Slai Unimap 2012/2013

Assalamualaikum wbt,

hari ni mrs cekodok nak bawakan satu peluang pekerjaan atau peluang hidup yang hebat. Diutamakan buat penduduk-penduduk utara yang mempunyai ijazah sarjana atau sarjana muda dan ingin melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana atau phd dengan percuma, siap diberi gaji, elaun..pendek kata, anda dibayar untuk belajar...dibayar ok..dibayar!

sila skroll ke bawah

 TAWARAN BIASISWA UniMAP/SLAB & SLAI-KPT BAGI TAHUN 2012/2013
Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang ingin membina kerjaya sebagai Pensyarah Universiti, serta mempunyai kelayakan yang diperlukan untuk memohon biasiswa di bawah Skim Latihan Akademik Bumiputera (SLAB) atau Skim Latihan Akademik IPTA (SLAI) 2012/2013 anjuran bersama Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) bagi mengikuti kursus-kursus Sarjana/Ijazah Kedoktoran dalam bidang-bidang berikut:
Kejuruteraan Mikroelektronik, Kejuruteraan Elektronik, Kejuruteraan Pembuatan, Kejuruteraan Bahan, Kejuruteraan Polimer, Kejuruteraan Metalurgi, Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Elektrik, Kejuruteraan Kelestarian Tenaga & Tenaga Boleh Diperbaharui, Kejuruteraan Elektronik Kuasa, Teknologi Kejuruteraan Elektrik, Kejuruteraan Elektronik Industri, Kejuruteraan Mekatronik, Kejuruteraan Rekabentuk Produk, Kejuruteraan Elektronik Bioperubatan, Kejuruteraan Bioproses, Kejuruteraan Kimia, Kejuruteraan Biosistem (Kejuruteraan Pertanian), Teknologi Kejuruteraan Kimia (Bioteknologi Industri), Sistem Pertanian, Proses Kimia Industri, Kejuruteraan Perkhidmatan Bangunan, Teknologi Pembinaan, Kejuruteraan Struktur, Kejuruteraan Fotonik, Kejuruteraan Nanosains, Kejuruteraan Nanobioteknologi, Matematik Tulen, Matematik Kejuruteraan, Matematik Fizik, Matematik Gunaan, Matematik Komputasi, Pengoptimuman, Matematik Pendidikan, Matematik Kabur, Statistik, Keusahawanan, Kewangan, Perakaunan, Pengurusan Inovasi, Pengurusan Teknologi, Teknologi Pembuatan, Pengurusan Operasi, Pengurusan Kejuruteraan, Pengurusan Sumber Manusia, Pemasaran, Teknologi Maklumat, Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL), Komunikasi & Teknologi Maklumat, Psikologi, Media Digital, Penyiaran, Keusahawanan Sosial, Ekonomi dan Undang-Undang Korporat  

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
1. Calon-calon mestilah mempunyai:
a. Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dengan Kepujian atau Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dan Sarjana yang diiktiraf (untuk permohonan pengajian peringkat Ph.D).
b. Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dengan Kepujian atau Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dari universiti yang diiktiraf (untuk permohonan pengajian peringkat Sarjana).
c. Ijazah Sarjana Muda Perniagaan atau Keusahawanan dengan Kepujian atau Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dan Sarjanayang diiktiraf (untuk permohonan pengajian peringkat Ph.D).
d. Ijazah Sarjana Muda Perniagaan atau Keusahawanan, Kewangan, Perakaunan, Teknologi Maklumat, Pengurusan Sumber Manusia,  Pemasaran, Pengurusan Inovasi, Pengurusan Teknologi, Teknologi Pembuatan, Pengurusan Operasi dan Pengurusan Kejuruteraan dengan Kepujian atau Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian yang diiktiraf (untuk permohonan pengajian peringkat Sarjana).e. Ijazah Sarjana Muda Sastera atau Ijazah Sarjana Muda Sains atau Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dengan Kepujian dalam bidang berkaitan dan Sarjana yang diiktiraf (untuk permohonan pengajian peringkat Ph.D).f. Ijazah Sarjana Muda Sastera atau Ijazah Sarjana Muda Sains atau Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dengan Kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf (untuk permohonan pengajian peringkat Sarjana).
2. Memperolehi kelayakan Ijazah Sarjana Muda dengan kelulusan sekurang-kurangnya Kelas Kedua Atas atau CGPA 3.0 ke atas.
3. Berumur tidak melebihi 35 tahun bagi pengajian peringkat Ph.D dan tidak melebihi 30 tahun bagi pengajian peringkat Sarjana.
4. Menyertakan cadangan penyelidikan yang lengkap.
5. Mendapat kepujian Bahasa Malaysia di peringkat SPM/MCE.
6. Bebas dari ikatan kontrak sama ada dari Kerajaan, Badan-badan Berkanun atau Firma.
7. Calon-calon mestilah benar-benar berminat dalam bidang pengajaran dan penyelidikan.
8. Calon yang masih belum tamat pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda tidak layak memohon.

CARA-CARA MEMOHON
Borang permohonan beserta maklumat berkaitan elaun serta kemudahan-kemudahan yang diperolehi di bawah Skim Latihan Akademik Bumiputera/IPTA boleh diperolehi sama ada dengan datang sendiri atau melalui pos dengan mengemukakan sampul surat berukuran 25cm x 32cm bersetem RM1.00 dan beralamat sendiri kepada:-
Jabatan Pendaftar 
Universiti Malaysia Perlis
Tingkat 1, Bangunan KWSP
Jalan Bukit Lagi
01000 Kangar
Perlis
(Sila catatkan SLAB & SLAI/UniMAP 2012/2013 dan nyatakan bidang pengkhususan di sudut kiri sampul surat permohonan)
Borang juga boleh diperolehi melalui laman web UniMAP -->>BORANG SLAB & SLAI
PERMOHONAN ADALAH DIBUKA SEPANJANG TAHUN

PERINGATAN
1. Pemohon adalah dikehendaki membuat persediaan awal dengan mengambil peperiksaan IELTS/TOEFL/GMAT/GRE (yang mana berkenaan) dan juga telah mendapat tawaran pengajian di universiti-universiti yang diiktiraf oleh kerajaan.
2. Borang-borang permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses
sebenarnya, mrs n mr cekodok tak dapat komisyen pun atas iklan ni, tapi sekadar mahu berkongsi untuk para belia di luar sana yang minat untuk sambung belajar tapi rasa nak kerja dulu. Peluang ini membolehkan anda belajar sambil bekerja sepenuh masa. Habis belajar, kerja dah siap-siap menunggu anda. Kerja kerajaan pula tu (bagi yang prefer kerja gomen la). Nasihat kami, kalau anda seorang yang minat belajar, janganlah ditangguh belajar tu atas alasan duit semata mata.. Kerajaan dah banyak anjurkan skim untuk membiayai kita, so pergunakanlah sebaik-baiknya.

psiloveu: untuk pertanyaan lanjut atau consultation percuma mengenai perkara ini, boleh hubungi emel mrs cekodok ok :)

anda mungkin mahu lihat ini

Related Posts with Thumbnails