Thursday, August 1, 2013

Tips-tips untuk Pergi Bercuti di Paris

Assalamualaikum semua!

Hari ni double rajin nak buat entri. Hehe.

Dipendekkan cerita, saya akan beri tips-tips atau perkara yang kita perlu consider untuk bercuti ke Paris atau orang panggil City of Love, City of Light. Ape-apelah! heheheh




1. TIKET PENERBANGAN
Malaysian Airlines - Direct Flight, tiada transit. Terus dari KLIA ke Charles De Gaulle Airport. Paling murah boleh dapat dalam RM2500 pergi balik time promo. Naik A380 tau!! :D

AirFrance - Takde transit. Tapi tak tahulah dia ada offer makanan halal ke tidak. Last time tgk time promo 3000 lebih dr KL. Dari Singapore kadang2 boleh dapat

KLM - Takde transit jugak. dalam 2500 lebih boleh dapat dah.

Emirates - Transit di Dubai. Time promo boleh dapat around 2500 jgk, Tak tahulah kalau boleh dapat lagi murah.

Qatar Airways - Mak n bro saya naik yang ni. 2700 ke 2900 sorang. Transit di Qatar. Ok lah, ada makanan halal. 5-6 kali kot makan. MAS 2-3 kali jew. huhu

yang lain-lain tu x sure lah boleh cuba check sendiri.

2. PENGINAPAN/ACCOMMODATION

1. Pilihan pertama saya semestinya lah AirBnb. Apekah mendealah Airbnb ni? Dia adalah penginapan kita duduk kat rumah orang. Kat Europe mmg banyak buat style gini. Kita boleh pilih nak sewa the whole apartment ke, atau nak sewa private room ke atau shared room. Saya cadangkan kalau xdapat sewa private apartment, sewa private room je pun boleh. Kalau room ni maksudnya kita duk skali ngan tuan rumahlah. Pakai dapur dia, bilik air dia. Kadang2 ada ensuite Bathroom, bergantung pada rumah tu. Saya suka airbnb sbb kita boleh duduk dgn locals, so kita tahu pasal tempat tu, tips2 nak jalan2, tempat nak beli barang etc2. Dan semestinyalah sebab murah banget berbanding hotel.

Bayangkan hotel paling murah pun 60 euro, itu kalau kita lucky lah..kalau tak mmg 100 euro ke atas. Pastu kat europe ni bkn macam kat msia yang kita boleh sumbat satu bilik ramai2. TAK BOLEH. Kalau utk 2 org, mmg 2 org je blh masuk. Sebab dia kira tax kot.

So kalau Airbnb ni kalau kita cari awal, banyaklah pilihan. 20 euro tgh2 paris pun boleh dapat. Boleh nego dgn tuan rumah tu nak sumbat bape ramai, ikut budi bicara dia kot2 dia ada sofa bed ke ape kan. gitulah kekdahnye. Setakat ni saya dah ada 5 pengalaman dgn host Airbnb, 2 di Paris, 1 di German, 1 di London dan 1 di Manchester. Semua best gile kecuali yang kat Manchester tu tah pape rumah dia. Yang kat German tu siap bagi free duk umah dia...haaaa best tak best tak..hihi


2. Kalau kome x suke duduk rumah orang tapi masih nak save budget, boleh cuba tengok rangkaian hotel ni:

HotelF1
Hotel Ibis
Comfort Inn
Residhome - Apart hotel
Hotel Kyriad



Ni je la hotel yang saya boleh cadangkan sebab saya pernah book and duduk hotel-hotel ni.

Untuk hotel F1, mmg dia murah. Bilik simple dan bersih. Tapi toilet dia di luar bilik. Tak menjadi masalah pun sebab orang sana bukan suka menyibuk hal orang lain. Dalam bilik ada washbasin so kalau ada baby tu x masalah lah. Lagipun kat sana sejuk, x berapa rajin sangat nak mandi..hahahah

Tapi sila pastikan lokasinya..kalau murah sangat tu mungkin jauh dari bandar so kene pastikan jadual bas tu sampai pukul berapa. Mungkin x worth it nak dibandingkan dengan transportation cost. So tengok2lah peta cari hotel yang dekat dengan train station ye jika anda x sewa kereta.

Yang lain-lain tu nantila saya update, penatle plk rase. huhu. Bye




Elaun SLAB/SLAI untuk pergi attachment Luar Negara selama 3 bulan

Okay makanya dengan ini, saya update entri sebelum ini.
Kali ini tentang perkara yang sentiasa menjadi persoalan di hati semua orang iaitu ELAUN! hehe

Dipendekkan cerita, untuk attachment ni KPT akan bagi kita elaun-elaun seperti yang dinyatakan dalam surat di bawah ni.



Surat ini kita akan dapat selepas permohonan kita diluluskan. Bagi pengajian di bawah 6 bulan, KPT takkan tanggung keluarga. Jadi faham2lah, kami pergi sana tu, tiket mr cekodok n miss dina adalah hasil mengorek tabung! heheh

a) Elaun sara hidup

- Bagi negara Perancis, dia bagi sama macam student PhD kat sana iaitu 1112.57 Euro. Untuk lain-lain negara boleh cuba rujuk elaun dia di sini.

-Kita takkan dapat elaun penempatan dan lain-lain ye, maka dari elaun ni pandai-pandailah kita budget untuk sewa rumah, makan, pengangkutan dan sebagainya. Kami sewa bilik di rumah Fred, dalam 600 euro sebulan (fully furnished), so 500 euro tu untuk lain-lain.

-Oleh kerana kita dah dapat elaun kat malaysia jugak kan, diorang akan buat pelarasan elaun tolak tambah sana sini untuk memastikan kita dapat amaun yang sepatutnya, tak lebih dan tak kurang. Maksudnya kalau kt dah dapat elaun malaysia untuk bulan tu, dia tolaklah 900 dari elaun Perancis tu. Nak cerita lebih2 pun nanti hangpa pening, so nnt tunggu je la diorang bagi jadual tu.

b) Tiket - tiket pergi dan balik boleh beli sendiri lepas tu claim, atau suruh pendaftar belikan

c) Yuran - selepas mendaftar, minta lab/uni oversea tu untuk issue invoice dan hantar pada KPT

d) Elaun pakaian panas
- 3 tahun boleh sekali je mintak, atau sekali sepanjang pengajian.
- nilainya RM1500
- Selepas dapat kelulusan permohonan, jangan lupa isi borang permohonan elaun pakaian panas dan hantar pada pendaftar ok. Nanti pendaftar hantar pada KPT. Kalau tak hantar borang ni, jangan harapla 1500 tu nak masuk saja2.

Ok itu sahaja. All the best sekali lagi!

Tuesday, July 30, 2013

Prosedur Memohon Attachment atau Program Sangkutan Luar Negara Bagi Pemegang Biasiswa Slab/Slai PhD Dalam Negara

1. Download Borang di sini
-Borang ini adalah untuk memohon pergi conference luar negara atau attachment. Maksimum yang dibenarkan sekarang ialah 3 bulan. Tak kisah mana2 negara atau universiti. Tertakluk pada budget juga ye, kalau ada budget-lulus. Tapi kalau ekonomi negara tengah goyah mungkin x lulus lah mcm tahun 2009 dulu ada kawan apply xdapat.

- Candidates kene pilih salah satu sahaja samada nak pergi conference oversea atau attachment. Means mcm saya ni dah pegi attachment x boleh la apply utk minta tanggungan ke conference pulak. (maaf atas tulisan caca merba manglish)

2. Sila lihat item no. 3(iii) pada borang :
 Program penyelidikan luar negara (pelajar yang mengikuti pengajian di dalam negara sahaja)
 - Pelajar telah menerima pendidikan di peringkat Sarjana Muda dan Sarjana di dalam negara;
 - Kemudahan disediakan pada tahun kedua atau ketiga pengajian selepas pelajar terbukti lulus dalam
 kertas cadangan penyelidikan (PhD Candidature);
 - Mempunyai tenaga pakar yang akan membimbing dan menyelia prestasi pelajar semasa di luar negara;
 - Tempoh yang dibenarkan adalah tidak melebihi 3 bulan termasuk perjalanan pergi dan balik; dan
 - Penyelidikan di luar negara itu amat diperlukan sebagai sebahagian daripada faktor utama pengajian.
 - Penyelidikan ini hendaklah dibuat hanya di universiti-universiti terkemuka di luar negara di mana penggunaan peralatan kajian yang canggih diperlukan dan tidak terdapat di Malaysia.

Makanya sila pastikan anda menepati semua syarat2 berikut.
Macam student UTM, proposal defense untuk mendapatkan phd candidature ialah pada semester 3, so saya apply pergi attachment ni selepas sem 3, lepas dah tahu proposal saya lulus.

3. Bila dah lulus proposal, bincang dengan sv cakap nak g attachment, dia ada tak contact2 untuk awak pergi belajar benda baru, or yang buat similar projects with u..atau awak cari sendiri tempat yang awak nak pergi, yelah project awak kan..
macam saya, saya contact sendiri Professor tu yg dah buat project saya ni since 20 years ago, means dia dah byk gila experience and ada support team kat lab. Lepas saya dah contact dia baru saya bagitahu sv n minta pendapat sv. SV cakap boleh pergi, tapi make sure jgn jadi 3 bulan yg dibazirkan, means please gain something from your trip.

4. Lihat item 5.
Permohonan hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya 2 bulan dari tarikh persidangan / balik ke Malaysia /
program penyelidikan luar negara

Tapi seelok-eloknya 3-4 bulan sebelum dah kena apply, untuk mengelakkan sakit jantung. Huhu. almaklumlah KPT ni kt tak boleh jangka bila nak mesyuaratnya.

5. Sila lampirkan dokumen-dokumen berikut bersama borang :

(i) Jadual perancangan program penyelidikan luar negara ('study plan')
- buat je macam gantt chart biasa
(ii) Surat sokongan dari penyelia/universiti tempat pengajian
- buat surat, suh sv print pakai letterhead and sign (sbb sv kita mesti busy nak layan menda2 remeh camni)
(iii) Surat pengesahan dari penyelia institusi / universiti penyelidikan di luar negara
- Saya minta surat dari Professor di sana, dia emelkan dan saya print dan kepilkan bersama borang.
(iv) Surat pengesahan kelulusan sebagai calon PhD ('PhD candidature')
- Minta surat dari Fakulti. Tapi Fakulti saya lambat sangat keluarkan surat, so SV saya buat surat sendiri mengatakan saya dah lulus.
(v) Justifikasi permohonan (nyatakan sebab-sebab memerlukan penyelidikan di luar negara)
- Buat je dalam word and justify kenapa, best g sana ak p jalan2 ke, banyak fasiliti ke, sana ada support team and experience and bla2 nak siapkan modeling nak blaja hardware dan sebagainya.

Lepas dah lengkap semua item di atas, hantarlah borang secepat mungkin pada pendaftar universiti yang memberikan awak biasiswa contoh UMP untuk Slab UMP.

Lepas tu ketua jabatan akan luluskan, then baru pendaftar akan pos/hantar pada KPT.

Bila dah masuk KPT ni banyak cabarannya. Kena selalu follow up. Saya telefon banyak kali x mo angkat..lepas tu dah angkat cakap ngan sorang pegawai ni dia cakap ha dalam proses.
Telefon lagi sekali pegawai lain pulak, dia check kata xde pun borang awak. Amboi. Rupanya pos tu tak sampai pun, sekali dengan permohonan lanjutan felo lain. Sehat tau diorang ni. Dia cakap owh biasala kalau pos kadang2 sebulan belum tentu sampai amboiiiiii skek panas telinga i dengaq..haha

Then dia suggest saya emel balik semua borang tu, and kelulusan ketua jabatan tu pendaftar saya scan and emel pada dia jugak. Dalam beberapa hari je setel dah. Pastu minggu depannya masuk dah elaun untuk pergi tu which is awal 2-3 minggu dari tarikh kita pergi.

Untuk pengetahuan, tiket kita boleh beli sendiri dengan MAS atau AIRASIA and then claim semula, atau boleh minta pendaftar belikan.

Mengikut pengalaman, saya syorkan jika anda ada budget lebih, beli je la sendiri lebih2 lagi kalau nak bawa family bersama. Macam saya, tiket saya minta pendaftar beli (agen) and tiket husband and anak kitorang nak beli sendiri. Tapi pendaftar beli lambat sbb LO kuar lambat kan, jadi tiket hby and anak pun jadi mahal sebab ktrg takut nak beli dulu kot2 kena flight lain ke cane. Memang serabut sungguh la masa tu..mujur dapat tiket pegawai kat airport senai bantu call kan kawan dia..isk2

Saya pun tak tahu la dah habis bagitahu belom semua yang perlu kat atas tu. Kalau ada sebarang kemusykilan, sila komen. Jika perlu, saya akan update post ni. All the best.

Monday, July 29, 2013

Skim Fellowship Slab/Slai UMP

PENGENALAN
Mengenalpasti bakal-bakal tenaga pengajar yang berkelayakan untuk ditawarkan biasiswa SLAB/SLAI. Mereka yang berjaya mendapat tajaan tersebut boleh dipertimbangkan untuk menjawat jawatan pensyarah, sekembalinya mereka daripada pengajian lanjutan (dengan jayanya) di peringkat sarjana atau doktor falsafah.
OBJEKTIF
  1. Mewujudkan sebuah Skim Latihan Akademik alternatif di samping skim-skim lain sedia ada di bawah Program Latihan Akademik UMP.
  2. Menyediakan suatu garis panduan yang jelas berkaitan Skim ‘Fellowship’ bagi bakal staf akademik UMP di Universiti Malaysia Pahang.
  3. Menyediakan proses kerja yang lengkap bagi pelaksanaan Skim ‘Fellowship’ di Universiti Malaysia Pahang.
  4. Memindahkan proses kerja terbabit ke dalam aplikasi Sistem Pengurusan Bersepadu (Integrated Management System) sedia ada.
PROSES KELULUSAN PERMOHONAN SKIM ‘FELLOWSHIP’
Semua permohonan untuk mengikuti Skim ‘Fellowship’ UMP akan dipertimbang dan diluluskan oleh Panel Pembangunan Sumber Manusia sedia ada.

Sila dapatkan borang berkaitan urusan Skim Fellowship di Muat Turun Borang. (Perjawatan>Skim Fellowship)
KHAS UNTUK PEMOHON SEMPENA CAREER FAIR DI MIDWEST GAMES 2011:
IKLAN SKIM FELLOWSHIP
BORANG PERMOHONAN SKIM FELLOWSHIP
PEGAWAI BERTANGGUNGJAWABPN. NORANITA MOHAMMAD/CIK MASNIRAM MOHD FADZILLAH

Source/Link : Fellowship UMP

Jika borang tiada pada link yang diberikan, anda boleh berhubung terus dengan Pegawai bertanggungjawab melalui email di bawah:
noranita@ump.edu.my
masniram@ump.edu.my

Sila jangan mention nama saya..hehe sbb saya cuma nak permudahkan urusan pencarian biasiswa korang je, saya bukan pegawai promoter.

Kalau xdapat jgk blh emel mrs cekodok, sy masih simpan borang fellowship ump. But please don't expect a prompt reply coz I only have two hands but has thousands of things to handle. All the best!!
 

Monday, May 20, 2013

Bonjour Madame Monsieur!

Alhamdulillah masih berkesempatan menjenguk laman maya yang agak lama ditinggalkan usang. Terlalu banyak coret cerita yang hendak dinukilkan. Tapi biarlah satu persatu.

Alhamdulillah buat masa ini kami sekeluarga sudah 50 hari berada di rantau orang. Berhijrah seketika keluar dari kepompong biasa. Dapat buat program sangkutan luar negara di bawah tajaan KPT bagi program PhD di bawah skim Skim Latihan Akademik IPTA (SLAI) bagi tempoh 3 bulan ni negara Perancis. Ya, Perancis. Negara yang tidak pernah terlintas dalam diari kami untuk dilewati!


Setelah mengharungi perjalanan selama 13 jam dari KUL ke CDG dengan menaiki Airbus A380 (ok yg ni abi excited sb dapat naik Airbus 380! once in a lifetime haha) kami sampai di Airport Charles des Gaulle pada jam 630 pagi waktu Paris. Dengan luggage yang super banyak seolah menguji kekuatan abi yang seberat zarah ni (53 kg). Memandangkan trolley airport hanya boleh guna sampai pintu sebelum airport shuttle, agak gigih kami laki bini mengusung 3 bek roda besar bersama stroller Dina, 2 beg makanan dan 2 beg laptop untuk sampai ke RER B station dihidangkan pula bersama suhu sekitar 6 degree Celcius. Memang sengsara.

Sesampai kami di station train RER B Massy-Palassieau, mujur ada seorang hamba Allah membantu membawa luggage kami yang tak-ter-bawa-dek-tangan tu. Dan hamba Allah yang membantu kami tu adalah seorang muslim berbangsa Tunisia. Namanya Najib. Sounds familiar! Beliau menunjukkan kami jalan menuju ke tempat teksi dan membantu kami mengalih bahasa dengan driver teksi memberi arahan untuk ke alamat rumah yang kami hendak tujui. "Shukran shukran" itu ucapan kami kepada beliau atas kesudian beliau membantu meringankan beban kami.

French people are really friendly and helpful. Itu impressi pertama kami.

Kami menginap di rumah homestay Mr. Frederic, a friendly French guy, selama 5 hari. Memandangkan kami agak penat untuk settle down dan mencari rumah baru disertai pula jet lag yang agak extreme, kami decided untuk stay dirumah beliau selama sebulan setengah. Ini kerana rate sewa di rumah beliau agak murah berbanding rumah-rumah lain di sekitar Massy ni ditambah pula rumah beliau dilengkapi dengan peralatan penuh dan juga baby-friendly kerana beliau mempunyai 2 orang anak yang masih kecil, sesuai sangat untuk si Dina. Lokasi rumah Mr Fred terletak berdekatan dengan train station untuk ke Paris dan yang paling penting berdekatan dengan Supelec, lab tempat umi buat attachment PhD.

Untuk pengetahuan, negara Perancis mempunyai ramai penganut yang beragama islam. Jadi kami tidak kekok untuk mendapatkan makanan halal disini walaupun membawa bekalan makanan halal dari Malaysia sebanyak 2-beg besar! Malah pasaraya besar mereka seperti Carrefour dan Simply menjual makanan dan daging yang halal. Setiap hari selasa dan jumaat, di kawasan Les Bacconnets, 10 minit menaiki bas dari rumah, terdapat pasar pagi yang majoriti peniaganya adalah Islam, menjual barangan keperluan harian seperti sayur buah dan daging halal. Dan yang penting ianya sangat murah!

Yang penting jangan convert duit Euro dengan Ringgit Malaysia kerana kalau kita duk convert, alamatnye kebulur la kami!

Selama hampir 5 minggu di sini, kami sudah melawati banyak tempat yang wajib-pergi kalau ke Paris. Cuma muzium je belum sepenuhnya kami masuk. Al maklumlah muzium disini agak mahal yuran entrinya. Muzium de Louvre, tempat semadinya potret terkenal Monalisa, telah diterokai kerana tiket adalah free untuk ahad pertama setiap bulan. Terima kasih kepada umi sebab buat research tentang banyak benda free kat Paris ni! Tapi kami tak katam lagi setiap penjuru muzium tersebut kerana size muzium yang agak besar yang mustahil untuk berjalan ke semua tempat dalam masa satu hari! Jumlah manusia yang beratur nak masuk ke muzium ni jangan cakaplah, kami beratur hampir sejam semata-mata nak masuk muzium untuk tengok potret Monalisa sahaja!

Seperti biasa, biarlah gambar berbicara :)

Berkelah di taman belakang rumah ;)
Kawasan perumahan tempat tinggal kami. Sangat sunyi.


  

 




 























Potret agung Monalisa
Musee de Louvre



Mungkin nanti Umi akan update mengenai procedure nk apply attachment PhD luar negara untuk SLAB-SLAI bawah tajaan KPT.




From Paris With Love.

Tuesday, February 5, 2013

Pengalaman mencari biasiswa pengajian master dan phd

Begini.

Mrs cekodok graduasi di saat-saat Malaysia mengalami kejatuhan ekonomi. Waktu itu peluang kerja tidak banyak. Sebelum habis belajar, pada semester akhir mrs dah apply macam-macam kerja, dan apply master as backup plan.

Nak dijadikan cerita, mrs dapat kerja as sales engineer. Mula bekerja sehari selepas hantar thesis fyp. Tapi berhenti kerja seminggu selepas tu dengan alasan nak sambung master, well memang pun tapi sebenarnya ibu mrs yg xsedap hati sebab takut bos mrs(kaum lain) yang kelihatan nak ambil kesempatan pada golongan bumiputera.

Untuk menanggung master mrs, ada beberapa option:

1. PTPTN - mrs tak boleh mintak sebab dulu mrs pernah tolak ptptn sebab ambil biasiswa JPA.

2. Biasiswa JPA - Tak boleh mintak sebab ia hanya terhad untuk penerima biasiswa JPA semasa degree yang mana degreenya dapat 1st class. Mrs memang takde class. so bye bye ;p

3. Pinjaman/biasiswa MARA - mrs naik ofis mara di JB tp nampaknya mara masa tu xde budget krna ekonomi downturn.

4. Biasiswa YPJ (yayasan pelajaran johor) - untuk anak johor. tapi sama, xde budget.

5. KPT Budget Mini - masa tu baru diperkenalkan, sekarang dikenali dengan MyMaster. Memang mrs mintak n dapat yg ni tapi dia cuma tanggung yuran je..so sedihla xde duit poket.

6. Slab unimap -  Slab ni mrs dapat tahu dari kawan baik mrs, hana namanya. Ayah dia orang kuat unimap so banyak la tahu peluang begini. Kawan-kawan mrs yg sama2 ambil master semua apply (sekarang dah jadi pensyarah sana) tapi mrs minta izin ibu mrs dulu, dia kata jauh, so mrs lepaskan peluang tu because I believe Moms knows best.

7. Slab Utem - akibat dari salah faham, surat senat dan sebagainya, mrs berputus asa untuk apply utem.

8. Slab Uthm - Uthm hanya beri peluang sambung belajar pada staf mereka sahaja. So kalau nak, kene jadi staf dulu. Pangkah.

9. Pensyarah Muda Uitm - Mrs apply dan dapat interview dan lulus interview. Surat berbondong2 sampai ke rumah, siap surat perjanjian bagai. Mereka sangat berminat dengan bidang mrs yang ntah ape-ape ni (kelentong je masa interview asal nampak bersemangat). Mr cekodok pun dapat interview tapi diorang suruh habiskan master dulu (sebab mr dah ada tajaan masa tu, dan kemudian masa phd barulah uitm nak taja). Tapi kami KIV dulu. Sebab pertama, tak tahu nnt dia posting mana kot2 kene hantar uitm sabah sarawak ke..heee lagi jauh dr unimap :p

10. RLKA USM - Mrs mintak dan dapat interview. Tapi mr cekodok tak dapat. Kebetulan masa tu dapat pulak interview UMP, so mestilah pilih yang dekat. hehe

11. Slab UMP -  Kami berdua dapat interview 1st stage bersama fakulti masing-masing di pekan. Lulus untuk 2nd stage 2 minggu lepas tu bersama TNC. Alhamdulillah lulus semuanya tiada masalah. Mungkin memang jodoh kami dengan UMP. Sementelah dekat bebenor dengan rumah dan kampung mr cekodok. Dari Kota Tinggi pun 3 jam je lalu jalan pantai.

Maka kami meneruskan pengajian master masing-masing ketika itu dibawah tajaan UMP. Mr buat Master by research di perak dan Mrs buat coursework di Johor. Sepatutnya kami fly untuk Phd bersama-sama tapi atas sebab-sebab tak dapat dielakkan kami batalkan hasrat tu. So sekarang mrs sambung phd di Johor dan Mr cekodok di Pahang. Tak mengapalah, walaupun kadang-kadang rasa berat hati berjauhan, ia juga jadi penyuntik semangat nak habiskan phd cepat2 untuk kembali ke pangkuan suami, hidup sempurna sebagai sebuah keluarga.

Sekian, terima kasih.

eh surat ke ape ni? hehe

Sunday, February 3, 2013

Jadual elaun sara hidup slab/slai malaysia 2013

Memandangkan baru-baru ini ada isu mengenai kelewatan masuk elaun slab/slai dari KPT, dan juga isu mengenai jadual baru elaun iaitu 4 bulan sekali, maka disini saya membuat analisis dan jangkaan tarikh kemasukan elaun yang seterusnya bagi tahun 2013.

Berikut adalah jadual kemasukan elaun bagi tahun 2012 berdasarkan penyata ledger KPT.

JADUAL ESH 2012
ESH Feb, Mac, April 2012
17 Januari 2012
ESH Mei, Jun, Julai 2012
17 April 2012
ESH, Ebuku, Ealat Ogos, Sept, Okt 2012 **
20 Julai 2012
ESH Nov, Dis, Jan 2012
24 Oktober 2012
Berdasarkan tarikh kemasukan elaun pada tahun lepas, berikut merupakan tarikh jangkaan kemasukan elaun bagi tahun ini (2013). Mulai tahun ini, KPT akan memberi elaun sara diri setiap 4 bulan sekali.


JADUAL ESH 2013
ESH Feb, Mac, April, Mei 2013
20 Januari 2013 (masuk lewat 1-5 Feb)
ESH Ebuku, Ealat Jun, Julai, Ogos, Sept
20 Mei 2013 (masuk lewat 30 Mei)
ESH Okt, Nov, Dis, Jan 2013
20 September 2013
ESH Feb, Mac, Apr, Mei 2014
20 Januari  2012


Please bear in mind bahawa ini adalah jangkaan sahaja berdasarkan pengalaman. Sebarang perubahan atau ketidaktepatan data di atas adalah amat dikesali.
Bagi rakan-rakan yang masih belum menjadi ahli group felo/tuto ipta di fb, marilah kita sama-sama join disini :)

Sekian laporan. 

anda mungkin mahu lihat ini

Related Posts with Thumbnails