Tuesday, February 5, 2013

Pengalaman mencari biasiswa pengajian master dan phd

Begini.

Mrs cekodok graduasi di saat-saat Malaysia mengalami kejatuhan ekonomi. Waktu itu peluang kerja tidak banyak. Sebelum habis belajar, pada semester akhir mrs dah apply macam-macam kerja, dan apply master as backup plan.

Nak dijadikan cerita, mrs dapat kerja as sales engineer. Mula bekerja sehari selepas hantar thesis fyp. Tapi berhenti kerja seminggu selepas tu dengan alasan nak sambung master, well memang pun tapi sebenarnya ibu mrs yg xsedap hati sebab takut bos mrs(kaum lain) yang kelihatan nak ambil kesempatan pada golongan bumiputera.

Untuk menanggung master mrs, ada beberapa option:

1. PTPTN - mrs tak boleh mintak sebab dulu mrs pernah tolak ptptn sebab ambil biasiswa JPA.

2. Biasiswa JPA - Tak boleh mintak sebab ia hanya terhad untuk penerima biasiswa JPA semasa degree yang mana degreenya dapat 1st class. Mrs memang takde class. so bye bye ;p

3. Pinjaman/biasiswa MARA - mrs naik ofis mara di JB tp nampaknya mara masa tu xde budget krna ekonomi downturn.

4. Biasiswa YPJ (yayasan pelajaran johor) - untuk anak johor. tapi sama, xde budget.

5. KPT Budget Mini - masa tu baru diperkenalkan, sekarang dikenali dengan MyMaster. Memang mrs mintak n dapat yg ni tapi dia cuma tanggung yuran je..so sedihla xde duit poket.

6. Slab unimap -  Slab ni mrs dapat tahu dari kawan baik mrs, hana namanya. Ayah dia orang kuat unimap so banyak la tahu peluang begini. Kawan-kawan mrs yg sama2 ambil master semua apply (sekarang dah jadi pensyarah sana) tapi mrs minta izin ibu mrs dulu, dia kata jauh, so mrs lepaskan peluang tu because I believe Moms knows best.

7. Slab Utem - akibat dari salah faham, surat senat dan sebagainya, mrs berputus asa untuk apply utem.

8. Slab Uthm - Uthm hanya beri peluang sambung belajar pada staf mereka sahaja. So kalau nak, kene jadi staf dulu. Pangkah.

9. Pensyarah Muda Uitm - Mrs apply dan dapat interview dan lulus interview. Surat berbondong2 sampai ke rumah, siap surat perjanjian bagai. Mereka sangat berminat dengan bidang mrs yang ntah ape-ape ni (kelentong je masa interview asal nampak bersemangat). Mr cekodok pun dapat interview tapi diorang suruh habiskan master dulu (sebab mr dah ada tajaan masa tu, dan kemudian masa phd barulah uitm nak taja). Tapi kami KIV dulu. Sebab pertama, tak tahu nnt dia posting mana kot2 kene hantar uitm sabah sarawak ke..heee lagi jauh dr unimap :p

10. RLKA USM - Mrs mintak dan dapat interview. Tapi mr cekodok tak dapat. Kebetulan masa tu dapat pulak interview UMP, so mestilah pilih yang dekat. hehe

11. Slab UMP -  Kami berdua dapat interview 1st stage bersama fakulti masing-masing di pekan. Lulus untuk 2nd stage 2 minggu lepas tu bersama TNC. Alhamdulillah lulus semuanya tiada masalah. Mungkin memang jodoh kami dengan UMP. Sementelah dekat bebenor dengan rumah dan kampung mr cekodok. Dari Kota Tinggi pun 3 jam je lalu jalan pantai.

Maka kami meneruskan pengajian master masing-masing ketika itu dibawah tajaan UMP. Mr buat Master by research di perak dan Mrs buat coursework di Johor. Sepatutnya kami fly untuk Phd bersama-sama tapi atas sebab-sebab tak dapat dielakkan kami batalkan hasrat tu. So sekarang mrs sambung phd di Johor dan Mr cekodok di Pahang. Tak mengapalah, walaupun kadang-kadang rasa berat hati berjauhan, ia juga jadi penyuntik semangat nak habiskan phd cepat2 untuk kembali ke pangkuan suami, hidup sempurna sebagai sebuah keluarga.

Sekian, terima kasih.

eh surat ke ape ni? hehe

7 comments:

Etuza Ezawarna said...

teruskan usaha sambung belajar ya...tahniah kuat semangat

mrs cekodok said...

Salam pakcik..terima kasih..in shaa Allah moga2 terus kuat menghadapi cabaran :)

anis azemi said...

salam. macam nak nak apply rlka usm utk tahun depan?saya baru nak grad bulan 5 nie.berminat nak apply rlka.tpi x thu rlka still open ke tak.thank you :)

Anonymous said...

salam awak. kalau ump, kat mane nak downld borang and tgk kelayakan ye?

zawani said...

salam... akak terima kasih dgn pengalaman ni...skurgnye sy tau biasiswa y ad ditawarkan selain jpa, mara dan mybrain..

fadz ishak said...

Salam.. boleh x akak attachkn skali borang slab ump..time kasih

amirahramli said...

kalau kita nk mtk slab/slai tp further master coursework boleh ke?

1 lg, application dibuka spnjang tahun ke utk slab/slai?

anda mungkin mahu lihat ini

Related Posts with Thumbnails