Monday, May 20, 2013

Bonjour Madame Monsieur!

Alhamdulillah masih berkesempatan menjenguk laman maya yang agak lama ditinggalkan usang. Terlalu banyak coret cerita yang hendak dinukilkan. Tapi biarlah satu persatu.

Alhamdulillah buat masa ini kami sekeluarga sudah 50 hari berada di rantau orang. Berhijrah seketika keluar dari kepompong biasa. Dapat buat program sangkutan luar negara di bawah tajaan KPT bagi program PhD di bawah skim Skim Latihan Akademik IPTA (SLAI) bagi tempoh 3 bulan ni negara Perancis. Ya, Perancis. Negara yang tidak pernah terlintas dalam diari kami untuk dilewati!


Setelah mengharungi perjalanan selama 13 jam dari KUL ke CDG dengan menaiki Airbus A380 (ok yg ni abi excited sb dapat naik Airbus 380! once in a lifetime haha) kami sampai di Airport Charles des Gaulle pada jam 630 pagi waktu Paris. Dengan luggage yang super banyak seolah menguji kekuatan abi yang seberat zarah ni (53 kg). Memandangkan trolley airport hanya boleh guna sampai pintu sebelum airport shuttle, agak gigih kami laki bini mengusung 3 bek roda besar bersama stroller Dina, 2 beg makanan dan 2 beg laptop untuk sampai ke RER B station dihidangkan pula bersama suhu sekitar 6 degree Celcius. Memang sengsara.

Sesampai kami di station train RER B Massy-Palassieau, mujur ada seorang hamba Allah membantu membawa luggage kami yang tak-ter-bawa-dek-tangan tu. Dan hamba Allah yang membantu kami tu adalah seorang muslim berbangsa Tunisia. Namanya Najib. Sounds familiar! Beliau menunjukkan kami jalan menuju ke tempat teksi dan membantu kami mengalih bahasa dengan driver teksi memberi arahan untuk ke alamat rumah yang kami hendak tujui. "Shukran shukran" itu ucapan kami kepada beliau atas kesudian beliau membantu meringankan beban kami.

French people are really friendly and helpful. Itu impressi pertama kami.

Kami menginap di rumah homestay Mr. Frederic, a friendly French guy, selama 5 hari. Memandangkan kami agak penat untuk settle down dan mencari rumah baru disertai pula jet lag yang agak extreme, kami decided untuk stay dirumah beliau selama sebulan setengah. Ini kerana rate sewa di rumah beliau agak murah berbanding rumah-rumah lain di sekitar Massy ni ditambah pula rumah beliau dilengkapi dengan peralatan penuh dan juga baby-friendly kerana beliau mempunyai 2 orang anak yang masih kecil, sesuai sangat untuk si Dina. Lokasi rumah Mr Fred terletak berdekatan dengan train station untuk ke Paris dan yang paling penting berdekatan dengan Supelec, lab tempat umi buat attachment PhD.

Untuk pengetahuan, negara Perancis mempunyai ramai penganut yang beragama islam. Jadi kami tidak kekok untuk mendapatkan makanan halal disini walaupun membawa bekalan makanan halal dari Malaysia sebanyak 2-beg besar! Malah pasaraya besar mereka seperti Carrefour dan Simply menjual makanan dan daging yang halal. Setiap hari selasa dan jumaat, di kawasan Les Bacconnets, 10 minit menaiki bas dari rumah, terdapat pasar pagi yang majoriti peniaganya adalah Islam, menjual barangan keperluan harian seperti sayur buah dan daging halal. Dan yang penting ianya sangat murah!

Yang penting jangan convert duit Euro dengan Ringgit Malaysia kerana kalau kita duk convert, alamatnye kebulur la kami!

Selama hampir 5 minggu di sini, kami sudah melawati banyak tempat yang wajib-pergi kalau ke Paris. Cuma muzium je belum sepenuhnya kami masuk. Al maklumlah muzium disini agak mahal yuran entrinya. Muzium de Louvre, tempat semadinya potret terkenal Monalisa, telah diterokai kerana tiket adalah free untuk ahad pertama setiap bulan. Terima kasih kepada umi sebab buat research tentang banyak benda free kat Paris ni! Tapi kami tak katam lagi setiap penjuru muzium tersebut kerana size muzium yang agak besar yang mustahil untuk berjalan ke semua tempat dalam masa satu hari! Jumlah manusia yang beratur nak masuk ke muzium ni jangan cakaplah, kami beratur hampir sejam semata-mata nak masuk muzium untuk tengok potret Monalisa sahaja!

Seperti biasa, biarlah gambar berbicara :)

Berkelah di taman belakang rumah ;)
Kawasan perumahan tempat tinggal kami. Sangat sunyi.


  

 




 























Potret agung Monalisa
Musee de Louvre



Mungkin nanti Umi akan update mengenai procedure nk apply attachment PhD luar negara untuk SLAB-SLAI bawah tajaan KPT.




From Paris With Love.

5 comments:

Sarah Azizul said...

yeay! u olls g paris! yahoooooooo

selamat-selamat semuanya ya. dina, please bawak balik cili perancis utk acik sarah boleh ? =D

dhiera said...

wow... best ye belajar di negara orang. sambil tu boleh berjalan-jalan sama~

Anonymous said...

Salam Puan,
Saya tertunggu-tunggu post puan mengenai prosedur attachment k overseas utk slab dan slai..:)..tercari-cari orang yang dah berpengalaman untuk berkongsi cerita.

Anonymous said...

Looking forward on the procedure too, all the best!

zawani said...

salam..akak.. nnt ade mase cite ye ttg cara2 nak apply slai.. tq =)

anda mungkin mahu lihat ini

Related Posts with Thumbnails