Tuesday, July 30, 2013

Prosedur Memohon Attachment atau Program Sangkutan Luar Negara Bagi Pemegang Biasiswa Slab/Slai PhD Dalam Negara

1. Download Borang di sini
-Borang ini adalah untuk memohon pergi conference luar negara atau attachment. Maksimum yang dibenarkan sekarang ialah 3 bulan. Tak kisah mana2 negara atau universiti. Tertakluk pada budget juga ye, kalau ada budget-lulus. Tapi kalau ekonomi negara tengah goyah mungkin x lulus lah mcm tahun 2009 dulu ada kawan apply xdapat.

- Candidates kene pilih salah satu sahaja samada nak pergi conference oversea atau attachment. Means mcm saya ni dah pegi attachment x boleh la apply utk minta tanggungan ke conference pulak. (maaf atas tulisan caca merba manglish)

2. Sila lihat item no. 3(iii) pada borang :
 Program penyelidikan luar negara (pelajar yang mengikuti pengajian di dalam negara sahaja)
 - Pelajar telah menerima pendidikan di peringkat Sarjana Muda dan Sarjana di dalam negara;
 - Kemudahan disediakan pada tahun kedua atau ketiga pengajian selepas pelajar terbukti lulus dalam
 kertas cadangan penyelidikan (PhD Candidature);
 - Mempunyai tenaga pakar yang akan membimbing dan menyelia prestasi pelajar semasa di luar negara;
 - Tempoh yang dibenarkan adalah tidak melebihi 3 bulan termasuk perjalanan pergi dan balik; dan
 - Penyelidikan di luar negara itu amat diperlukan sebagai sebahagian daripada faktor utama pengajian.
 - Penyelidikan ini hendaklah dibuat hanya di universiti-universiti terkemuka di luar negara di mana penggunaan peralatan kajian yang canggih diperlukan dan tidak terdapat di Malaysia.

Makanya sila pastikan anda menepati semua syarat2 berikut.
Macam student UTM, proposal defense untuk mendapatkan phd candidature ialah pada semester 3, so saya apply pergi attachment ni selepas sem 3, lepas dah tahu proposal saya lulus.

3. Bila dah lulus proposal, bincang dengan sv cakap nak g attachment, dia ada tak contact2 untuk awak pergi belajar benda baru, or yang buat similar projects with u..atau awak cari sendiri tempat yang awak nak pergi, yelah project awak kan..
macam saya, saya contact sendiri Professor tu yg dah buat project saya ni since 20 years ago, means dia dah byk gila experience and ada support team kat lab. Lepas saya dah contact dia baru saya bagitahu sv n minta pendapat sv. SV cakap boleh pergi, tapi make sure jgn jadi 3 bulan yg dibazirkan, means please gain something from your trip.

4. Lihat item 5.
Permohonan hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya 2 bulan dari tarikh persidangan / balik ke Malaysia /
program penyelidikan luar negara

Tapi seelok-eloknya 3-4 bulan sebelum dah kena apply, untuk mengelakkan sakit jantung. Huhu. almaklumlah KPT ni kt tak boleh jangka bila nak mesyuaratnya.

5. Sila lampirkan dokumen-dokumen berikut bersama borang :

(i) Jadual perancangan program penyelidikan luar negara ('study plan')
- buat je macam gantt chart biasa
(ii) Surat sokongan dari penyelia/universiti tempat pengajian
- buat surat, suh sv print pakai letterhead and sign (sbb sv kita mesti busy nak layan menda2 remeh camni)
(iii) Surat pengesahan dari penyelia institusi / universiti penyelidikan di luar negara
- Saya minta surat dari Professor di sana, dia emelkan dan saya print dan kepilkan bersama borang.
(iv) Surat pengesahan kelulusan sebagai calon PhD ('PhD candidature')
- Minta surat dari Fakulti. Tapi Fakulti saya lambat sangat keluarkan surat, so SV saya buat surat sendiri mengatakan saya dah lulus.
(v) Justifikasi permohonan (nyatakan sebab-sebab memerlukan penyelidikan di luar negara)
- Buat je dalam word and justify kenapa, best g sana ak p jalan2 ke, banyak fasiliti ke, sana ada support team and experience and bla2 nak siapkan modeling nak blaja hardware dan sebagainya.

Lepas dah lengkap semua item di atas, hantarlah borang secepat mungkin pada pendaftar universiti yang memberikan awak biasiswa contoh UMP untuk Slab UMP.

Lepas tu ketua jabatan akan luluskan, then baru pendaftar akan pos/hantar pada KPT.

Bila dah masuk KPT ni banyak cabarannya. Kena selalu follow up. Saya telefon banyak kali x mo angkat..lepas tu dah angkat cakap ngan sorang pegawai ni dia cakap ha dalam proses.
Telefon lagi sekali pegawai lain pulak, dia check kata xde pun borang awak. Amboi. Rupanya pos tu tak sampai pun, sekali dengan permohonan lanjutan felo lain. Sehat tau diorang ni. Dia cakap owh biasala kalau pos kadang2 sebulan belum tentu sampai amboiiiiii skek panas telinga i dengaq..haha

Then dia suggest saya emel balik semua borang tu, and kelulusan ketua jabatan tu pendaftar saya scan and emel pada dia jugak. Dalam beberapa hari je setel dah. Pastu minggu depannya masuk dah elaun untuk pergi tu which is awal 2-3 minggu dari tarikh kita pergi.

Untuk pengetahuan, tiket kita boleh beli sendiri dengan MAS atau AIRASIA and then claim semula, atau boleh minta pendaftar belikan.

Mengikut pengalaman, saya syorkan jika anda ada budget lebih, beli je la sendiri lebih2 lagi kalau nak bawa family bersama. Macam saya, tiket saya minta pendaftar beli (agen) and tiket husband and anak kitorang nak beli sendiri. Tapi pendaftar beli lambat sbb LO kuar lambat kan, jadi tiket hby and anak pun jadi mahal sebab ktrg takut nak beli dulu kot2 kena flight lain ke cane. Memang serabut sungguh la masa tu..mujur dapat tiket pegawai kat airport senai bantu call kan kawan dia..isk2

Saya pun tak tahu la dah habis bagitahu belom semua yang perlu kat atas tu. Kalau ada sebarang kemusykilan, sila komen. Jika perlu, saya akan update post ni. All the best.

10 comments:

chicken_floss said...

baguslah entry ni.sy suke2! oh awk student utm ke? nice tips. smngt ni nak bt attachment jugak.:)

Unknown Blogaholic :) said...

Salam, saya pon kes yg sama...nk tunggu surat "phd candidature" ni lambat teramat dr fakulti. Do you mind sharing with me your letter? kalau ade simpan lagi la...boleh i draft utk my supervisor.. email me: huda2811@gmail.com

yun mohd ahyan said...

as salam...sy student phd utm under biasiswa hlp (staf akademik politeknik).
sy pun bercadang nak p wat attachment kt obersee..if u dun mind,can we contact each other by email??my email add..hyundai2629@yahoo.com.sg..very hope u can sent an email to me so tht we can start our chat...tq...good luck to u..

Anonymous said...

salam, saya nak mohon untuk perbentangan kertas kerja ke luar negara bawah slab/slai. salah satu requirementnya adalah perlu surat candidature. surat apa tu sedara? boleh email kan saya contoh? yafazie@gmail.com

Anonymous said...

salam..saya bercadang untuk buat attachment di luar negara.boleh saudari emailkn cnth surat tu?
hishahzal@yahoo.com

thanks in advance

nik zainab nik azizan said...

Salam... Bagus info ni.. Sy ingatkan terus apply online melalui link http://esp.mohe.gov.my/ tanpa perlu melalui universiti yg menaja. Boleh sy dptkan sample surat.
nikzainabnikazizan@gmail.com

TQ
nik

Leow Wai Zhe said...

Best information. Thank you for ur sharing~~sharing is caring. BTW, may u sent the sample letter for me as a reference? wzjohnnyleow90@gmail.com
Thank you.

Anonymous said...

Asslamualaikum, boleh tak puan hantar contoh-contoh surat tersebut untuk tujuan referencing
E-mail: nazrinshahrol@gmail.com

Thank you

jari jemari said...

Assalamualaikum puan, boleh tak share docs yg diperlukan utk attachment ni. Ni emel sy tangankidal84@gmail.com

mommy as said...

salam...saya x clear psl justifikasi nk buat attachment tu, kna buat dlm bentuk surat kpd kpt or dlm bentuk essay? kalau x keberatan tlg emailkan contoh kp sy untuk rujukan, asniah@gmail.com

anda mungkin mahu lihat ini

Related Posts with Thumbnails