Tuesday, July 30, 2013

Prosedur Memohon Attachment atau Program Sangkutan Luar Negara Bagi Pemegang Biasiswa Slab/Slai PhD Dalam Negara

1. Download Borang di sini
-Borang ini adalah untuk memohon pergi conference luar negara atau attachment. Maksimum yang dibenarkan sekarang ialah 3 bulan. Tak kisah mana2 negara atau universiti. Tertakluk pada budget juga ye, kalau ada budget-lulus. Tapi kalau ekonomi negara tengah goyah mungkin x lulus lah mcm tahun 2009 dulu ada kawan apply xdapat.

- Candidates kene pilih salah satu sahaja samada nak pergi conference oversea atau attachment. Means mcm saya ni dah pegi attachment x boleh la apply utk minta tanggungan ke conference pulak. (maaf atas tulisan caca merba manglish)

2. Sila lihat item no. 3(iii) pada borang :
 Program penyelidikan luar negara (pelajar yang mengikuti pengajian di dalam negara sahaja)
 - Pelajar telah menerima pendidikan di peringkat Sarjana Muda dan Sarjana di dalam negara;
 - Kemudahan disediakan pada tahun kedua atau ketiga pengajian selepas pelajar terbukti lulus dalam
 kertas cadangan penyelidikan (PhD Candidature);
 - Mempunyai tenaga pakar yang akan membimbing dan menyelia prestasi pelajar semasa di luar negara;
 - Tempoh yang dibenarkan adalah tidak melebihi 3 bulan termasuk perjalanan pergi dan balik; dan
 - Penyelidikan di luar negara itu amat diperlukan sebagai sebahagian daripada faktor utama pengajian.
 - Penyelidikan ini hendaklah dibuat hanya di universiti-universiti terkemuka di luar negara di mana penggunaan peralatan kajian yang canggih diperlukan dan tidak terdapat di Malaysia.

Makanya sila pastikan anda menepati semua syarat2 berikut.
Macam student UTM, proposal defense untuk mendapatkan phd candidature ialah pada semester 3, so saya apply pergi attachment ni selepas sem 3, lepas dah tahu proposal saya lulus.

3. Bila dah lulus proposal, bincang dengan sv cakap nak g attachment, dia ada tak contact2 untuk awak pergi belajar benda baru, or yang buat similar projects with u..atau awak cari sendiri tempat yang awak nak pergi, yelah project awak kan..
macam saya, saya contact sendiri Professor tu yg dah buat project saya ni since 20 years ago, means dia dah byk gila experience and ada support team kat lab. Lepas saya dah contact dia baru saya bagitahu sv n minta pendapat sv. SV cakap boleh pergi, tapi make sure jgn jadi 3 bulan yg dibazirkan, means please gain something from your trip.

4. Lihat item 5.
Permohonan hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya 2 bulan dari tarikh persidangan / balik ke Malaysia /
program penyelidikan luar negara

Tapi seelok-eloknya 3-4 bulan sebelum dah kena apply, untuk mengelakkan sakit jantung. Huhu. almaklumlah KPT ni kt tak boleh jangka bila nak mesyuaratnya.

5. Sila lampirkan dokumen-dokumen berikut bersama borang :

(i) Jadual perancangan program penyelidikan luar negara ('study plan')
- buat je macam gantt chart biasa
(ii) Surat sokongan dari penyelia/universiti tempat pengajian
- buat surat, suh sv print pakai letterhead and sign (sbb sv kita mesti busy nak layan menda2 remeh camni)
(iii) Surat pengesahan dari penyelia institusi / universiti penyelidikan di luar negara
- Saya minta surat dari Professor di sana, dia emelkan dan saya print dan kepilkan bersama borang.
(iv) Surat pengesahan kelulusan sebagai calon PhD ('PhD candidature')
- Minta surat dari Fakulti. Tapi Fakulti saya lambat sangat keluarkan surat, so SV saya buat surat sendiri mengatakan saya dah lulus.
(v) Justifikasi permohonan (nyatakan sebab-sebab memerlukan penyelidikan di luar negara)
- Buat je dalam word and justify kenapa, best g sana ak p jalan2 ke, banyak fasiliti ke, sana ada support team and experience and bla2 nak siapkan modeling nak blaja hardware dan sebagainya.

Lepas dah lengkap semua item di atas, hantarlah borang secepat mungkin pada pendaftar universiti yang memberikan awak biasiswa contoh UMP untuk Slab UMP.

Lepas tu ketua jabatan akan luluskan, then baru pendaftar akan pos/hantar pada KPT.

Bila dah masuk KPT ni banyak cabarannya. Kena selalu follow up. Saya telefon banyak kali x mo angkat..lepas tu dah angkat cakap ngan sorang pegawai ni dia cakap ha dalam proses.
Telefon lagi sekali pegawai lain pulak, dia check kata xde pun borang awak. Amboi. Rupanya pos tu tak sampai pun, sekali dengan permohonan lanjutan felo lain. Sehat tau diorang ni. Dia cakap owh biasala kalau pos kadang2 sebulan belum tentu sampai amboiiiiii skek panas telinga i dengaq..haha

Then dia suggest saya emel balik semua borang tu, and kelulusan ketua jabatan tu pendaftar saya scan and emel pada dia jugak. Dalam beberapa hari je setel dah. Pastu minggu depannya masuk dah elaun untuk pergi tu which is awal 2-3 minggu dari tarikh kita pergi.

Untuk pengetahuan, tiket kita boleh beli sendiri dengan MAS atau AIRASIA and then claim semula, atau boleh minta pendaftar belikan.

Mengikut pengalaman, saya syorkan jika anda ada budget lebih, beli je la sendiri lebih2 lagi kalau nak bawa family bersama. Macam saya, tiket saya minta pendaftar beli (agen) and tiket husband and anak kitorang nak beli sendiri. Tapi pendaftar beli lambat sbb LO kuar lambat kan, jadi tiket hby and anak pun jadi mahal sebab ktrg takut nak beli dulu kot2 kena flight lain ke cane. Memang serabut sungguh la masa tu..mujur dapat tiket pegawai kat airport senai bantu call kan kawan dia..isk2

Saya pun tak tahu la dah habis bagitahu belom semua yang perlu kat atas tu. Kalau ada sebarang kemusykilan, sila komen. Jika perlu, saya akan update post ni. All the best.

Monday, July 29, 2013

Skim Fellowship Slab/Slai UMP

PENGENALAN
Mengenalpasti bakal-bakal tenaga pengajar yang berkelayakan untuk ditawarkan biasiswa SLAB/SLAI. Mereka yang berjaya mendapat tajaan tersebut boleh dipertimbangkan untuk menjawat jawatan pensyarah, sekembalinya mereka daripada pengajian lanjutan (dengan jayanya) di peringkat sarjana atau doktor falsafah.
OBJEKTIF
  1. Mewujudkan sebuah Skim Latihan Akademik alternatif di samping skim-skim lain sedia ada di bawah Program Latihan Akademik UMP.
  2. Menyediakan suatu garis panduan yang jelas berkaitan Skim ‘Fellowship’ bagi bakal staf akademik UMP di Universiti Malaysia Pahang.
  3. Menyediakan proses kerja yang lengkap bagi pelaksanaan Skim ‘Fellowship’ di Universiti Malaysia Pahang.
  4. Memindahkan proses kerja terbabit ke dalam aplikasi Sistem Pengurusan Bersepadu (Integrated Management System) sedia ada.
PROSES KELULUSAN PERMOHONAN SKIM ‘FELLOWSHIP’
Semua permohonan untuk mengikuti Skim ‘Fellowship’ UMP akan dipertimbang dan diluluskan oleh Panel Pembangunan Sumber Manusia sedia ada.

Sila dapatkan borang berkaitan urusan Skim Fellowship di Muat Turun Borang. (Perjawatan>Skim Fellowship)
KHAS UNTUK PEMOHON SEMPENA CAREER FAIR DI MIDWEST GAMES 2011:
IKLAN SKIM FELLOWSHIP
BORANG PERMOHONAN SKIM FELLOWSHIP
PEGAWAI BERTANGGUNGJAWABPN. NORANITA MOHAMMAD/CIK MASNIRAM MOHD FADZILLAH

Source/Link : Fellowship UMP

Jika borang tiada pada link yang diberikan, anda boleh berhubung terus dengan Pegawai bertanggungjawab melalui email di bawah:
noranita@ump.edu.my
masniram@ump.edu.my

Sila jangan mention nama saya..hehe sbb saya cuma nak permudahkan urusan pencarian biasiswa korang je, saya bukan pegawai promoter.

Kalau xdapat jgk blh emel mrs cekodok, sy masih simpan borang fellowship ump. But please don't expect a prompt reply coz I only have two hands but has thousands of things to handle. All the best!!
 

anda mungkin mahu lihat ini

Related Posts with Thumbnails