Saturday, February 11, 2017

CIIIIKK, NAK BELI TEMPE TAK?

MAK DARA MERAYAP PUKUL 1 PAGI

Hakak ni dari dulu jarang keluar malam kecuali dengan family.

Harini dalam sejarah, ibu sampai suruh abg kokda telefon tanya Kokda kat mana.

Ada ni haaa coaching dengan akak power Iza Hazwani ni dari pukul 11.20 pm sampai 1.30 pagi.

Rumah ijot ni bukan jauh pun dari rumah Kokda, jalan kaki pun boleh.

Uii ijot ni dia punya idea..patutla lompat kelas dulu (pts)..bijak sunggoh

Ijot ni kawan satu sekolah rendah sampai sekolah menengah asrama penuh dengan Kokda.

Masa sekolah rendah lagi kami memang STUDY GROUP sama-sama. Hari-hari.

Kalau cuti sekolah pun kami tetap on, sebab rumah dekat, dan kami ni sebenarnya 3 pupu. Memang saudara.

Dulu masa kecik kami pernah jual tempe dan minyak masak rumah ke rumah tau.

Bukannya sebab takde duit pun. Tapi sebab suka nak jual.

Adik beradik Kokda ada 9 orang tapi Kokda dgn Ijot ni je yang akan pergi menjual. Kalau tak jual dengan Ijot, Kokda jual dengan Abg Kokda.

Ntah sebab apa. Natural talent in business ke? Hehe

Well, mungkin itu yang ayah kami nampak pada kami kot.

Lagipun Kokda selalu dengar ayah cerita yang dia jual tempe rumah ke rumah masa kecik.

Kokda sejenis suka cabar diri. Tak suka rasa kalah. Rasa loser.

Kokda fikir, kalau ayah boleh, takkan aku tak boleh? Apa yang membuatkan aku tak boleh? Kan??

So bila ayah kami berdua buat projek tempe plastik, kami pun offer la diri nak jual (masa tu takde lagi orang buat tempe dalam plastik tau semua org buat dalam daun. Ciri-ciri usahawan: INOVASI)

Jadi, kami kayuhla basikal bagi salam rumah ke rumah.. "Ciiiiiikkkkkk, NAK BELI TEMPE TAK?"

Mestilah habis, tak pernah tak habis ������

Bila brainstorming sama2 tadi, Kokda terkenang macammana ayah Kokda dengan ayah Ijot ni dulu sama2 buat MLM.

Memang sampai 2-3 pagi kat ruang tamu. Duk lukis-lukis marketing plan kat whiteboard. Rumah penuh dengan sponsor kit bag and produk saja.

Satu Malaysia ayah Kokda jelajah buat demo and recruit orang. Zaman tu mana ada facebook weh. Semua ONLINE!

Faham tak mana datang passion Kokda ni?

Ke mana tumpahnya kuah kari kalau tak ke roti jala kan. Kuah banjir barulah sedap

Tq jot, sifu online marketing kokda. Beliau ni acah-acah humble padehal power gila. Gerammmm je Kokda tengok.

#brainstorming
#kokdaberguru
#tipsbisneskokda

No comments:

anda mungkin mahu lihat ini

Related Posts with Thumbnails