Friday, July 21, 2017

KASUT KOPAK

Kokda jenis tak pandai tukar kasut banyak-banyak. Mesti pakai satu kasut je sampai habis lunyai.

Kasut sekarang baru lagi 4 bulan. Suka sangat kasut polo ni sedap pakai walaupun ketat sikit. Takde saiz besar lagi sebab kasut ni saiz 41..dah maksimum dah... 😂😂😂

Minggu lepas tapak sblh kiri dah menganga macam mulut buaya.
Kokda tak jumpa gam, letak double sided tape hahaha selambe je kan

Minggu ni tapak sebelah kanan pulak menganga macam mulut buaya. Sadis betul tengok.

Pagi tadi Abam Kim nampak terus dia cakap "OMG sayang you desperately need new shoes"

Kokda grinned je 😁😁😁

Tengahari ni dia tanya lagi nak pergi beli kasut tak?

"Boleh juga..tapi..tapi..saya belum gaji lagi" *buat muka puss in the boots mengharapkan dana dari perdana menteri rumahtangga*

Abam Kim cakap takpelah ni kira Hby bagi loan musyarakah mutanaqisah.

Amboi sikit, mentang-mentang baru belajar pasal loan semalam. Nak beli kasut pun buat loan 😒

Kokda iyekan je, lepas dah beli kita hilang ingatan pasal loan ni kah kah

-Kokda yang bertapak kaki panjang-

#kokdacheapskate

No comments:

anda mungkin mahu lihat ini

Related Posts with Thumbnails