Monday, July 31, 2017

TIPS ANAK CEPAT PANDAI BELAJAR


Orang selalu fikir, alah mak ayah dia pandai sebab tu anak-anak dia pandai. Silap. Banyak benda dari pandai pun boleh jadi tak pandai kalau kita tak peka pada apa yang kita ambil hari-hari. Jom tengok apa yang kita boleh ubah.

1. Ibu mesti stop terus MSG atau A****m**o. Itu yang arwah kakak saya lakukan berpuluh tahun dulu. Lepas dia tahu MSG tak bagus, dia balik rumah terus buang A****m**o  atas tanah. Sejak tu, kami sekeluarga tak guna lagi. Kesannya, pelajaran adik beradik saya memang improved.

Pernah dengar tak orang letak MSG dalam racun rumpai untuk memperhebat kuasa racun tu? Atau baja? Fikirlah sendiri 😎

Kajian juga mengatakan MSG ini merosakkan pankreas. Boleh rujuk jurnal berkaitan.

2. Waktu zaman sekolah, kami adik beradik di larang keras makan organ dalaman seperti hati ayam, paru lembu etc. Memang dalam Islam tak digalakkan pun. Tak lapar pun kalau skip benda ni, tak payah lah makan.

3. Sesiapa dalam adik beradik saya yang nak exam tahun tu, contoh PMR, SPM dan UPSR, mereka dilarang menyentuh semua jenis fast food selama setahun (sebelum periksa). Selepas hari terakhir peperiksaan baru boleh makan. Kira macam "raya" lah hehe

4. Air bikarbonat tak boleh langsung! Tips ni saya dapat dari kawan saya yang 4 flat. Masa tu saya sedang minum air tin, dia cakap "Kalau ko minum air ni, jangan harapla nak dapat 4 flat" 😂😂 Rupanya dia memang tak pernah sentuh air tu. Takde apa yang bagus, tinggi gula, melembabkan otak. Sejak tu saya mengucapkan selamat tinggal kepada air bikarbonat.

5. Ucapkan selamat tinggal kepada GULA PUTIH. Benda ni awalnya saya tahu dari suami. Dia kata masa sekolah menengah dia pergi ceramah motivasi dan penceramah kata jangan makan gula putih, balik tu, dia pesan dengan mama untuk asingkan makanan dia. Mama buat, dan dia skor PMR walau dia pelajar biasa.

Jadi di rumah saya dah lama takde gula putih, Gula perang pun takde sebab kalau terlupa tutup, cicak akan duduk dalam tu tak mahu keluar, dah dua kali kena 🤣 #menyampahbetul

Gula putih juga makanan kepada sel kanser.

Boleh guna gula melaka, gula manisan atau gula kabung untuk memasak. Buat air teh o dan kopi tawar sahaja. Atau letak madu sesudu. Di kedai makan, saya hanya order air suam sahaja selalunya. Lantaklah kalau orang nak cakap saya cheapskate, saya sedang jaga apa yang masuk dalam badan. Sesekali bolehlah.

Susu manis? Mungkin setahun sekali saya beli kalau nak buat kek batik atau cheesekut. Hehe

6. Suplemen yang saya pernah makan ialah spirulina, ginko dan Omega 3. Ketiga-tiga ni sangat membantu otak jadi laju dan tumpuan semakin bagus. Takdelah blur je bila orang cakap.

Jangan ingat dah tua ni kita tak perlu otak yang laju. Percaya atau tak, antara punca saya depressed dulu adalah kerana selepas melahirkan Dina, saya tak ingat banyak benda, baca jurnal tak faham, otak lembab, orang cakap saya rasa tak boleh nak proses.

Kalau nak kata lepas bersalin memang macam ni, itu semua tipu! Lepas bersalin Irsyad (anak kedua) saya rasa diri sangat pandai, semua benda boleh buat dan proses dengan laju. Saya boleh drive jauh tanpa rasa letih.

WHY? sebab jaga pemakanan dan ambil suplemen. Sepanjang mengandung ambil Omega Guard. Bukan anak je bijak, mak pun tumpang bijok sekali. Masa mengandung Dina saya ambil minyak ikan jenama lain, kesan tak sama.  Saya tak obses, share pengalaman je. Kalau tak larat nak masak ikan hari-hari, topuplah dengan suplemen. Omega guard juga sangat baik untuk kawal kolestrol 👍

Ibu-ibu jangan beri anak-anak suplemen yang tinggi gula. Memang sedap tapi memudaratkan.

Kismis kalau nak beri boleh tapi kena pastikan anak-anak kunyah dengan sangat baik, sebab biji-biji dia tu kalau tak betul2 kunyah boleh mengundang bahaya jika terlalu banyak.

Lebih baik beri sayur-sayuran dan buah-buahan segar sebagai sumber vitamin dan jajan mereka.

Please take note, ini adalah perkongsian pengalaman saya saja, menerusi observation bertahun-tahun. Saya pun masih banyak benda nak kena baiki. Boleh rujuk jurnal-jurnal berkaitan untuk tahu kesan sebenar makanan-makanan ni semua. Saya share sebab adik beradik saya semuanya tidaklah pandai mana, siap ada yang pernah masuk kelas pemulihan. Tapi sekarang boleh ada degree dan jawatan eksekutif.

Betul, setiap anak-anak ada kebolehan dan kelebihan masing-masing. Saya share sebab saya tahu dengan pendekatan yang betul, kita sebagai ibu bapa boleh bantu anak-anak kita sampai berjaya. Saya rasa sayang lihat anak-anak yang ada potensi tapi jadi lemau kerana pemakanan tak terjaga di rumah.

Suplemen cuma penambah makanan sahaja. Kalau ambil suplemen tapi gula putih, MSG dan makanan berminyak masih dijadikan rutin tetap tak bagus juga. Nanti bila ditimpa penyakit, terus salahkan SHAKLEE, padahal sendiri tak jaga pemakanan 😂😂😂

Pemakanan adalah No. 1. Bukan anak orang pandai saja yang boleh jadi pandai. Ingat tu!

#kokdashare
#foodforbrain
#saynotomsg

No comments:

anda mungkin mahu lihat ini

Related Posts with Thumbnails