Saturday, February 11, 2017

CIIIIKK, NAK BELI TEMPE TAK?

MAK DARA MERAYAP PUKUL 1 PAGI

Hakak ni dari dulu jarang keluar malam kecuali dengan family.

Harini dalam sejarah, ibu sampai suruh abg kokda telefon tanya Kokda kat mana.

Ada ni haaa coaching dengan akak power Iza Hazwani ni dari pukul 11.20 pm sampai 1.30 pagi.

Rumah ijot ni bukan jauh pun dari rumah Kokda, jalan kaki pun boleh.

Uii ijot ni dia punya idea..patutla lompat kelas dulu (pts)..bijak sunggoh

Ijot ni kawan satu sekolah rendah sampai sekolah menengah asrama penuh dengan Kokda.

Masa sekolah rendah lagi kami memang STUDY GROUP sama-sama. Hari-hari.

Kalau cuti sekolah pun kami tetap on, sebab rumah dekat, dan kami ni sebenarnya 3 pupu. Memang saudara.

Dulu masa kecik kami pernah jual tempe dan minyak masak rumah ke rumah tau.

Bukannya sebab takde duit pun. Tapi sebab suka nak jual.

Adik beradik Kokda ada 9 orang tapi Kokda dgn Ijot ni je yang akan pergi menjual. Kalau tak jual dengan Ijot, Kokda jual dengan Abg Kokda.

Ntah sebab apa. Natural talent in business ke? Hehe

Well, mungkin itu yang ayah kami nampak pada kami kot.

Lagipun Kokda selalu dengar ayah cerita yang dia jual tempe rumah ke rumah masa kecik.

Kokda sejenis suka cabar diri. Tak suka rasa kalah. Rasa loser.

Kokda fikir, kalau ayah boleh, takkan aku tak boleh? Apa yang membuatkan aku tak boleh? Kan??

So bila ayah kami berdua buat projek tempe plastik, kami pun offer la diri nak jual (masa tu takde lagi orang buat tempe dalam plastik tau semua org buat dalam daun. Ciri-ciri usahawan: INOVASI)

Jadi, kami kayuhla basikal bagi salam rumah ke rumah.. "Ciiiiiikkkkkk, NAK BELI TEMPE TAK?"

Mestilah habis, tak pernah tak habis ������

Bila brainstorming sama2 tadi, Kokda terkenang macammana ayah Kokda dengan ayah Ijot ni dulu sama2 buat MLM.

Memang sampai 2-3 pagi kat ruang tamu. Duk lukis-lukis marketing plan kat whiteboard. Rumah penuh dengan sponsor kit bag and produk saja.

Satu Malaysia ayah Kokda jelajah buat demo and recruit orang. Zaman tu mana ada facebook weh. Semua ONLINE!

Faham tak mana datang passion Kokda ni?

Ke mana tumpahnya kuah kari kalau tak ke roti jala kan. Kuah banjir barulah sedap

Tq jot, sifu online marketing kokda. Beliau ni acah-acah humble padehal power gila. Gerammmm je Kokda tengok.

#brainstorming
#kokdaberguru
#tipsbisneskokda

HIDUP KENA SADO

Assalamualaikum semua.

Hidup kena ada plan.

Tapi kita tak perlu bimbang apa akan jadi kalau plan tu tak jadi. Faham?

Jom sado ������

Kokda Warda
0178691986

Sunday, February 5, 2017

Asal Usul Sejarah Shaklee serta Multivitamin Pertama Di Dunia. Saintis Hebat yang Dikagumi.

Siapa Dr Forrest Shaklee??

Dr. Forrest Shaklee adalah pemegang 3 PhD:
- Chiropractor
- Naturopathy
- Phylosophy

Beliau merupakan seorang saintis yang giat bekerja disamping para saintis lain untuk menghasilkan supplemen yang natural.

Beliau percaya pada the healing of natural things.





Maknanya manusia perlu makanan yang sihat dan segar, makanan yang baik, exercise, minda yang positif untuk elakkan diri dari penyakit.

Katanya kebanyakan penyakit terjadi akibat kurang nutrisi yang baik.                                              

So pengasas shaklee bukan beli PhD ye tp dianugerahkan kerana methods, penemuan advance beliau pada zaman tu dan khidmat beliau.

Pengasas shaklee juga bukan some rich men yg nak buat duit pastu reka produk.
                      
Beliau ada phylosophy sendiri kenapa cipta supplemen  

SEJARAH HIDUP DR FORREST SHAKLEE                  

Dr Forrest Shaklee dilahirkan di kawasan lombong arang di Iowa.

Akibat udara kotor di lombong arang, beliau adalah bayi yang didiagnos menghidup pulmonary tuberculosis.

Jangkitan TB di paru-paru.

Dr menjangkakan beliau takkan hidup melepasi umur 8 tahun.



Tapi mak ayah Shaklee tak putus asa. Semua mak ayah takkan putus asa untuk anak-anak kan?

Mereka percaya pada kehidupan yang sihat dan makanan yang natural untuk sembuh.

Jadi mereka berpindah ke kawasan utara di Iowa dimana banyak ladang-ladang buah dan sayur.

Tanah disitu subur. Mereka percaya buah dan sayur yang terhasil pasti baik dan dapat beri Shaklee makanan yang segar.





Shaklee menyifatkan proses sembuhan beliau sangat SLOW tetapi STEADY.

Sebab food dan suplemen membantu tubuh sihat tapi slow. Suplemen BUKAN UBAT.

Suplemen bukan merawat tapi bantu SUPPORT tubuh badan menjadi lebih baik. Kena faham tu.

Jadi bila Shaklee capai umur remaja, doktor sahkan beliau BEBAS dari TB.

Pada zaman dulu, siapa sakit TB ada risiko untuk kematian yang sangat tinggi kerana rawatan tidak sehebat sekarang.

Tapi Forrest Shaklee tak mati cuma ambil masa berbelas tahun untuk sembuh hanya dengan prinsip makanan yang sihat, penuh nutrisi, hidup yang sihat.

Masa remaja, Shaklee dah mula menjadi pencinta alam. Sebab beliau tahu alam boleh menyembuhkan.






Disebabkan betapa advance nya pemikiran dan invention beliau, beliau sering ditanya kenapa tak mahu jadi doktor perubatan??

Beliau jawab doktor fokus pada merawat penyakit. Beliau lebih berminat untuk cegah penyakit. Masing-masing dengan kelebihan masing-masing.



                   
Bila besar, Shaklee belajar menjadi chiropractor.

Masa belajar dan praktikal, beliau lihat ramai yang datang ke facility itu mengalami masalah malnutrisi. Kurus sangat dan lemah badan.

Shaklee menyimpulkan orang yang kurang nutrisi adalah orang yang tak sihat dan akan dapat penyakit.

Beliau berazam untuk beri penekanan pada diet dan nutrisi.

Akhirnya Shaklee cipta satu ramuan supplemen pertama didunia yang diekstrak dari sayur dan buah-buahan segar secara manual. Untuk diberi kepada pesakit yang memerlukan.

Namanya vitalized mineral. Mutivitamin pertama didunia.









Kemudian, beliau buka satu pusat rawatan. Ada 15 katil dan 32 bilik rawatan. Hospital ni ada pakar tulang, pakar bedah, general practitioner, internist, chiropractor untuk merawat pesakit.

Dari sini kita dah boleh lihat pandangan Dr Forrest Shaklee pada tahun 1917 lagi, bahawa penyakit perlukan rawatan doktor dan perlukan nutrisi yang bagus serta pergerakan exercise yang bagus.

Kalau korang nak tahu benda ni yg diamalkan di hospital sekarang di zaman moden.

Ada doktor, ada dietician, ada physiotherapist. Dan doktor akan terima pandangan dietician tentang pesakit.

Mereka faham kalau harapkan ubat sahaja tapi pesakit tak diajar pemakanan yg sihat, pesakit takkan capai kesihatan yang optima.

Adakala doktor akan tambah supplemen seperti neurobion (B12), calcium, iron (dalam vitalea), dan macam-macam lagi ikut keperluan pesakit.

Selebihnya kita ajar pesakit untuk makan makanan yang berkhasiat. Dapatkan vitamin melalui pemakanan.

Kenapa Dr Forrest Shaklee cipta vitalized minerals masa zaman dulu???

Sebab beliau lihat betapa ramai yg malnourished (alami penyakit akibat kurang nutrisi).

Maka beliau cipta ramuan dari sumber natural untuk bantu pesakit ini.

Betapa advance pemikiran sains beliau.

Patutla beliau dihormati oleh Thomas Edison (American inventor) dan Henry Ford pada zaman tersebut.

Jadi siapa yang cipta multivitamin pertama di dunia? Yang macam-macam brand? Yes, SHAKLEE.



Shaklee is not some small or stupid company. This is a huge company. Respectable company. Sudah 100 tahun.

So please jangan dok nak sama kan Shaklee dgn produk dipasaran yg dicipta tanpa patent, tanpa clinical studies, tanpa clinical trial.

Kalau korang nak tahu utk setiap supplemen shaklee ni diluluskan, dia perlu lalui banyak sgt peringkat.

Dan finally lepas dah diluluskan lepas dah buat clinical trials dan mendapat selamat, berkesan, tanpa side effects, dia akan observe pulak pada pengguna.
                     
Bukan dah jual pastu lepas tangan babe.
                      
Dia observe lagi bertahun sampai terbukti takde side effects.






80 000 ujian SETIAP TAHUN.

Lebih dari 250 MILION DOLLARS Shaklee salurkan pada research.

54 gold medals

55 patents (maknanya kita pegang hak cipta)

70 published clinical studies.

Ada company mampu buat macam ni? Dr Forrest Shaklee boleh memilih untuk dapatkan untung saja, simpan dalam poket. Tapi tak, sebab konsep pertama Shaklee adalah untuk MENINGKATKAN KUALITI HIDUP MANUSIA.

So lepas ni siapa ada botol Shaklee kat rumah, peluk-peluk sikit. Hargai sikit peluh dan duit research yang dah mengalir untuk menghasilkannya.

Dan jangan sesekali samakan Shaklee dengan mana-mana produk.

Sila rasa bertuah kerana memilih untuk jadi pengguna Shaklee. Anda telah membuat pilihan yang SANGAT BIJAK.




Maksudnya shaklee bukan cipta supplemen. Shaklee hanya ambil nature dan masukkan bersama dlm cara yang istimewa utk org mudah ambil.

This means it is not medicine.
It is natural.
Takde preservatives pun dalam produk shaklee.

Sebab tu Vivix tahan setahun saja selepas dicipta.                      

Sebab shaklee tak percaya pada racun buah dan sayur. Even sumber nak buat supplemen ni tak boleh kualiti tak bagus. Mesti takde racun disembur. Dijaga oleh ahli botani shaklee sendiri.

Pernah suatu ketika alfalfa dihentikan sekejap sebab tak ckup hasil daun alfalfa sebab tahun tu cuaca tak elok. So pokok alfalfa yang tumbuh tak berkualiti.

So Shaklee tak guna utk buat alfalfa.

Memang rugi tapi nak buat macammana kan? Itu prinsip Shaklee.



Pakcik Forrest ni nak sebarkan ilmu nutrisi dgn harapan satu dunia akan peka tentang nutrisi dan bagaimana ia mampu menghalang penyakit. Memberi kesihatan yg lebih baik pada semua.

Jadi dia tak mampu nak ajar semua orang kan?

Dia cakap kita ajar a few people and they will teach few more.
                  
Sebab tu dia cipta Multilevel marketing/ a networking business.

Supaya semua orang nak menjual kena educate people. Ini yang kami duk buat dalam consultation. Sebab tu penting membeli dari distributor yang berilmu.

Nampak tak??

Kami sebenarnya sedang menyampaikan amanat Dr Forrest Shaklee iaitu ajar org pasal supplemen dan kesihatan.

Sebab Dr forrest kata hidup kena beri value pada org lain.

Network marketing dan multilevel marketing ni adalah sejenis bisnes yang dipandang tinggi oleh nama-nama besar dalam dunia perniagaan seperti Robert Kiyosaki dan Bill Gates.

Sebab kita perturunkan dan sebarkan ilmu tu secara one to one.

Word of mouth spreads faster than the flash.




                    
Jadi Dr Forrest Shaklee ni bukan lah some old men trying to make money k.
                  
Dan kenapa lagi satu dia cipta sistem networking business ni??

Sebab beliau nak org biasa juga mampu bina kehidupan melalui bisnes shaklee.

Shaklee target bisnes ni untuk org biasa.

Yang takde modal besar.

Dia bina bisnes model yg semua org boleh buat bisnes ni                      

Bijakkan pakcik Forrest? hehe



Dr Forrest Shaklee adalah phylosopher.

Beliau adalah professor di university. Lectures beliau dijadikan buku. Dan sebab tu beliau dpt anugerah doctorate in phylosophy juga. Bukan PhD beli.

Lecture phylosophy beliau sering diulang di radio.

Sekian kelas sejarah kita. Saya harap anda yang membaca ni dapat sesuatu.

Tak kenal maka tak cinta <3 p="">

Kredit to Dr Hasifah atas segala perkongsian ilmu malam tadi.

Dr Hasifah adalah founder of RYG yang membimbing kami semua.

Jika anda berminat untuk join RYG, boleh contact saya ye. Input yang diberi bukan sekadar berdoa sahaja nanti sales masuk.

Kita berada dalam satu misi besar, untuk menyebarkan ilmu nutrisi dan gaya hidup sihat agar menambah nilai hidup orang lain.

Dari sejarah Shaklee, info product, kelebihan setiap satu bahan sehinggalah cara membuat sales semua diajar.

Sebab tu RYG mampu capai 1.2 Million sales Januari 2017 lepas.

Saya akan bantu sampaikan semua yang Dr Cip dah sampaikan pada kami.

ERTI HIDUP PADA MEMBERI.

Salam sayang,
Nur Huda Ramlan (FB)
0178691986

Saturday, February 4, 2017

MISI MENUJU PUNCAK

On the way balik JB ni, misi perhabiskan correction sebelum submit.

Korang jangan pelik Kokda ni macam chipsmore sekejap ade sekejap takde.

Sekejap JB, sekejap skudai, sekejap kuantan, sekejap kota.

Sebab tu Kokda pilih bisnes online ala-dropship yang tak kisah kat mana pun bisnes boleh jalan ��

Abam Kim yang sweet belikan tiket online, dia kata special dia pilihkan tempat duduk tengah2 jalan.

Tapi Kokda pindah ketepi, sebab segan pulak orang kiri kanan tengok, kantoi selfie karang ��

So korang kalau naik bas suka duk mana

Tepi tingkap
Yang tak tepi tingkap
Tengah-tengah
Belakang sekali
Belakang driver

Atau duduk melanguk sebelah driver borak-borak? Hehe

Ok Kokda nak list out orders dan nak jawab wasap customers. Sat lagi nak tdoq, ngantuk rasa malam tadi tido pukul 2 ������

Orang berjaya tidurnya tak pernah cukup!

Nak join order whatsap kokda
0178691986
Kokda Flashwoman zasss ��

CHERISH YOURSELF


Sewaktu Kokda nak bina profile fb ni, Kokda tanya En. Ahmmad.

Describe me in one word. I need to put it in the profile.

He said "stout-hearted"

Haaa tak pernah dengar pun apa benda tu stout macam nama cendawan renek je

almaklum vocab #villagepeople kihkih

So i googled. (Oh man, google dah jadi verb )

Determined, fearless, brave

Iyo ko ni

Now try to ask people around you. Macammana mereka pandang kita.

Sebab kadang-kadang kita selalu fikir negatif saja dan downgrade diri sendiri.

Dan kadang-kadang apa yang kita rasa betul tu tak betul pun sebenarnya.

Macam dulu masa plkn. Kokda cakap sikit je kawan-kawan dah gelak.

Kokda ingat kokda kelakar.

So Kokda tanya la "aku ni kelakar ke?"

Kawan kokda jawab "Ko tak kelakar..ko SENGAL.."

Cisss

Apepun kawan-kawan Kokda semua best!

#unleashyourtruepotential
#bisneswithryg

HIDUP MENJOYAH

Apa basic utama dalam berniaga?

Pertama sekali

TURUNKAN EGO

Gali lobang 7 kaki, tanam EGO tu, talkinkan terus.

Kawan saya cerita ada satu modul kursus bisnes, dia bagi RM2 dan suruh gandakan jadi RM2000 dalam masa satu hari sekitar KL.

CEO2, orang-orang besar yang join semua kena BUANG EGO DALAM TONG SAMPAH.

Hang besaq ka hang kecik ka kalau hang tak mampu buat ni hang tak tera.

Eh tetiba p utara.haha

Bagaimana jutawan kosmetik Dato Aliff Syukri bermula?

Berniaga di pasar tani. Gaya makcik-makcik joyah.

Lelong-lelong pungpang.

Letak target, mesti habis banyak ni sebelum bungkus meja.

Awal-awal memang susah, tapi lama-lama orang datang pasar tani semata nak cari dia.

Padahal booth mak dia sebelah booth dia je.

Jual barang yang sama tapi semua orang pergi kat dia.

Tengok Dato Vida lagilah kan...

Dalam kita meluat tengok kadang-kadang tu, tetap tertanya jugak eh betul ke pamoga ni elok..

Micheal Ang pun minum? Haaa

Dia dah biasa meniaga sejak di greentown ipoh.

Masa tu dia tak fikir nak kaya, dia cuma fikir nak hidup.

Nak selesaikan hutang.

Biar apa orang nak mengata pun dia tetap buat sebab dia tahu buat macam tu sales dia laju.

Dato Vida boleh sumbang puluh ribu kat rumah anak yatim takdehal.

Orang yang duk mengata duk tersengguh kat situ jugak (aku la tu).

Duk kira cukup ke duit. Personal loan dah maksimum.

Hujung bulan korek-korek.

Geng dalam RYG banyak medical Dr, Oil and Gas engineers, cikgu2, yang dulu sekolah sbp mrsm..budak2 pandai..ingat mudah ke nak turunkan ego?

Kalau biawak dalam kepala ni duk cakap

"eh kau ni tak cukup duit ke, gaji Dr tak cukup ke, tamaknye hidup yadda yada"

semua tak boleh berjaya. Kokda pun macam tu la dulu.

Bukan MALU tapi EGO.

Orang lain terima bonus gomen RM500, tapi kita terima bonus RM5000 SEBULAN.

Siapa nak bagi. Biawak dalam kepala tu nak bagi ke

K lah saja nak bebel basic meniaga ni.

Kalau tak boleh buang ego tu, nak meniaga gaya bos-bos je boleh juga...

tapi modal banyak la..kena letak cost kat branding, marketing etc..Jadi ceo duk belakang banner.

We ols modal ciput RM69 je..kalau duk belakang banner, harap berlindung dari sinaran mentari je la..output takde hihi

Sapa nak buang biawak dalam kepala?

Meh kokda buangkan dan talkinkan biawaknya.
0178691986

Yang simpul biawak p makan oste sekarang!

#bisneswithRYG #bisneswithNRE

Wednesday, February 1, 2017

SALE BULAN PERTAMA

Ada orang nampak Kokda punya semangat ni macam dah berbulan-bulan bisnes.

Hakikatnya baru SEBULAN!

Bulan pertama menyaksikan sale Kokda melebihi RM3000, tak pernah jangka nak dapat sale lebih seribu pun tapi ALLAH MAHA KAYA, kita usaha, kita minta, DIA beri :)


Inilah beza bisnes dengan ILMU, MENTOR dan SUPPORT GROUP.

Kalaulah Kokda masih malu-malu nak cuba. Kalaulah Kokda give-up lepas kena 'kacau' hari tu. Kalaulah kalaulah.

6 Februari 2017 Kokda akan buat satu kelas basic copywriting.

Sesuai untuk semua yang minat bisnes atau yang memang dah bisnes pun. Bisnes apa sahaja. Ini general class untuk non-sid.

Bagaimana nak meroket sales hanya dengan PENULISAN bersahaja.

Dialu-alukan sesiapa yang nak join, free sahaja sharing session ni.

Yang penting orang tu positif nak terima ilmu dengan hati terbuka, yang negatif duk jauh-jauh k hehe.

Bulan ni Kokda target sales RM10 000. Kalau tak berjaya sampai ke bulan, mesti jatuh atas bintang!

xoxo
Kokda Berapi
FB: Nur Huda Ramlan
0178691986

ERTI HIDUP PADA MEMBERI


anda mungkin mahu lihat ini

Related Posts with Thumbnails